Drama 3 Janji , layan jugak la


Asalnya tak nak tengok drama 3 Janji ni sebab nak tonton Drama Bicara hati . Tapi dek kerana Drama Bicara Hati  ditukar waktu siaran ke pukul 10 malam, so layan kan jugak la drama 3 janji ni.

Lagipun dah terbiasa setiap hari selasa malam tengok drama bersiri sambil tunggu hubby balik dari kelas malam.

Letak ketepi dulu siapa pelakon drama ni,  tengok dulu camna if menarik untuk ditonton tak kisah la siapa yang berlakon asal bukan pelakon kayu kan. Both Liyana dan Shahrizal @ shah jazle pun memang pelakon yang hebat dari segi lakonan kan.


Sinopsis Drama 3 Janji

Drama 3 Janji berkisar tentang hidup Dalia (Liyana Jasmay) yang berkawan baik dengan Khursyi (Shahrizal) sejak dari kanak-kanak lagi. Mereka hidup berjiran dan hubungan kedua-dua keluarga juga akrab. Impian Dalia ialah menjadi penari tetapi Khursyi yakin Dalia akan berjaya sebagai seorang doktor. Khursyi pula bercita-cita menjadi seorang kaunselor yang hebat.

Dari kawan rapat yang saling memahami dan menyayangi antara satu sama lain , mereka akhirnya menjadi sepasang kekasih apabila Khursyi tidak dapat menafikan kasih sayangnya terhadap Dalia selepas berjaya menghalang rancangan jahat Elias (Idzham Ismail) terhadap Dalia. Kedua-dua keluarga juga merestui hubungan mereka dan merancang untuk berbesan apabila sampai masa nanti.

Malangnya, satu tragedi  menimpa ketika mereka dalam perjalanan ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM. Khursyi ditimpa kemalangan menyebabkan dia cedera parah dan tidak sedarkan diri. Selepas tersedar, Khursyi bercakap tentang 3 janji yang pernah dibuat bersama Dalia sebelum ini iaitu ingin menjadi sahabat, kekasih dan suami terbaik kepada Dalia.

Khursyi bersyukur yang dia sudah berjaya menjadi sahabat terbaik buat Dalia, dan kemudian menjadi kekasih yang terbaik dan berazam untuk menjadi suami terbaik buat Dalia. Dalia terharu dan bahagia kerana amat disayangi Khursyi. Pesan Khursyi lagi, andai mereka tiada jodoh pula, dia mahu Dalia mencari lelaki yang boleh melaksanakan 3 perkara itu juga. Itulah 3 Janji yang harus dipegang Dalia. 


Namun, tidak lama kemudian Khursyi meninggal dunia. Bagaikan kehilangan sesuatu dalam dirinya, Dalia pasrah tetapi cuba menguatkan diri untuk meneruskan hidupnya. Dalia redha dengan pemergian Khursyi. Dalia sentiasa ingat kepada 3 pesanan Khursyi iaitu jika dia mahu mencari teman hidup, biarlah lelaki itu boleh menjadi sahabat, kekasih dan suami terbaik. 3 pesanan tersebut menjadi 3 janji Dalia kepada Khursyi.

Keluarga Dalia mengambil keputusan untuk berpindah ke Indonesia kerana keadaan Dalia yang sentiasa murung. Selepas 5 tahun, Dahlia pulang ke Malaysia dan tinggal bersama makciknya, Adila (Hanez Suraya). Dahlia mengambil jurusan perubatan seperti yang dijangka oleh arwah Khursyi dahulu tetapi masih menari ketika lapang untuk mengubat hatinya yang luka.

Yassin (Shah Iskandar) terpikat dengan tarian Dalia ketika mengambil gambusnya di studio latihan. Tanpa disedari, Yassin turut mengiringi tarian Dalia dengan alunan gambusnya berentak zapin. Dalia terkejut dengan kehadiran Yassin dan terus berhenti menari sebelum meninggalkan bilik itu.

Sejak hari itu, Yassin sering mencari peluang untuk mendekati Dalia. Keikhlasan dan kebaikan Yassin akhirnya membuka hati Dalia untuk berkawan dengannya. Yassin menjadi teman setianya semasa membuat ulang kaji dan menari. Keprihatinan Yassin mengingatkan Dalia tentang 3 Janji tersebut kerana Yassin sudah menepati janji pertama yang telah menjadi sahabat terbaik buat Dalia. Tanpa disedari, Sufi (Ana Dahlia) yang mencemburui hubungan mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuklah bersubahat dengan Elias untuk mendapatkan Yassin.

Hati Dalia menjadi keliru apabila berjumpa dengan jiran barunya, Kamil (Shahrizal Jaszle) yang memiliki wajah persis arwah Khursyi. Kerinduannya terhadap arwah Khursyi menjadikan Dalia hilang dalam angannya dan mengejar cinta daripada Kamil. Pada mulanya Kamil rimas dengan obsesi Dalia. Namun, Kamil mula berkawan dengan Dalia kerana mempunyai agenda tersembunyi.

Siapakah antara kamil dan yassin yang menepati ciri 3 janji yang diungkapkan oleh Khursyi? Siapa pula pilihan Dahlia?


Promo 3 Janji




4 comments:

  1. tengok gak malam tadi.. tapi biasa la drama.. memula cam tak bes dah tengah2 nanti baru bes...

    ReplyDelete
  2. layan jugak semalam..tapi cam kureng je..tapi tatau la kan..hehehe..

    ReplyDelete
  3. sedih gak cita ni. tpi ada hikmahnya (:

    ReplyDelete