Drama Friday I'm In Love di TV9


"Drama bersiri  yang bakal ditayangkan bagi menggantikan drama Pistachio Dayana di  TV9 "Friday I'm In Love.".Khabarnya Drama ini akan mula bersiaran pada 19hb April nanti. Drama 13 episod ini akan disiarkan setiap hari khamis pada pukul 8.30 malam."

Lepas Drama Ariana Mikhail dan Drama Aishiteru habis, memang tak mengikuti pun drama yang menggantikan kedua-dua drama tu. Mungkin faktor kurang daya penarik pada "Drama Bukan Untukmu di TV9" dan juga tak berminat nak mengikuti drama Pistachio Dayana, tu pada saya la kan.

Tapi tak tahu la pulak drama Friday I'm in Love ni, sama ada menarik atau tidak perlu tengok promo drama ni dulu  tak pun tengok pada episod pertama. If menarik boleh la di layan kan?



Barisan Pelakon Friday I'm In Love


Khabarnya watak Utama bagi drama bersiri ini akan diterajui oleh Qi atau Qushairi Mohammed Razali yang akan memegang peranan sabagai Awang.

Lain - lain pelakon lelaki yang akan menjayakan drama ini terdiri dari , Aiman Hakim Redza , Rizal Jaafar dan Zoey , zain saidin.

Pelakon wanita yang bakal menyerikan drama ini seperti Bella (Liyana dalam Vanilla Coklat) , zaris nelydia (Pelakon Spa-Q) , Izara aisya , Nabila Huda.






Sinopsis Drama Friday I'm In Love

Sinopsis penuh bagi drama ni belum ada lagi, cuma gambaran watak awang yang dilakonkan oleh qi sahaja yang ada.

Friday I'm In Love mengisahkan Awang , seorang yang berperwatakan lurus dan bersahaja ,  akan jatuh cinta pada gadis yang berbeza setiap kali hari Jumaat. Sebelum menjelang Jumaat, dia akan berpisah dengan teman wanitanya.

Awang percaya dia terkena badi sumpahan orang terhadap ibunya. Andai tidak menemui cinta sejati pada usia 24 tahun, dia akan bertukar menjadi seekor 'hamster'!

Kalau ikut pada sinopsis diatash ni, drama ni macam kurang logik sikit. Ya la mencari cinta sejati if tak jumpa akan bertukar jadi binatang pulak.

Apa-apa pun kita tunggu sinopsis penuh nanti ya, buat masa ni , itu je la sinopsis yang ada.


Gambar Pelakon Drama Friday I'm In Love



No comments:

Post a Comment