Filem My Way sebuah Filem Aksi Peperangan


 My Way, sebuah filem dari Korea yang menelan kos sebanyak 28 bilion. Berbaloi dengan kos yang tinggi filem ini berjaya mencatat kutipan box ofice di sana.

Bagi peminat filem yang suka kan adegan aksi peperangan berdasarkan kisah benar   di zaman peperangan dunia kedua, filem ini boleh anda pertimbangkan untuk ditonton di pawagam nanti.

Kisah 2 tentera asia yang terlibat dengan insiden Nomanhan, peperangan tentera Soviet dengan tentera German serta peperangan di Normandy, Perancis digarap menjadi sebuah filem yang padat dengan aksi -aksi perang. Namun disebalik kekejaman sebuah peperangan yang ditonjolkan terselit nilai kemanusiaan dan persahabatan yang ditonjolkan dalam filem ini.

Bagi yang berminat untuk menonton filem ini nantikan tayangannya di pawagam bermula " 19 April 2012 " nanti.




Sinopsis Filem My Way


Sinopsis untuk Filem ini seperti dibawah:


Sebuah filem aksi perang berkisar tentang kisah benar 2 tentera jepun pada masa perang dunia kedua. Kisah tentang 2 orang pemuda, Jun-Shik dan Hasegawa Tatsuo yang bermusuh dari zaman kanak-kanak lagi. Jun-Shik berbangsa korea bercita-cita ingin mengikut jejak langkah pemenang pingat emas sukan olimpik dalam sukan marathon. Manakala tatsuo pula ialah seorang atlet marathon dan juga anak kepada majikan keluarga Jun-Shik. Mereka selalu bersaing bagi menunjukkan kehebatan larian masing-masing.

Segalanya berubah apabila Jun-Shik terlibat dengan rusuhan yang dilakukan bagi memprotes kemenangan yang sepatutnya milik Jun-Shik, diberikan kepada Tatsuo dalam pemilihan marathon Olimpik Tokyo. Lebih malang lagi akibat dari peristiwa tersebut Jun-Shik dan rakan baiknya Kim In-Kwon dikerah menjadi askar jepun. Setahun kemudian Jun-Shik bertemu semula dengan Tatsuo yang ketika itu berpangkat kapten.

Penglibatan mereka berdua dalam peperangan dunia kedua telah merapatkan jurang permusuhan, lebih-lebih lagi apabila tentera Jepun kalah kepada tentera Soviet dan memaksa Tatsuo dilucutkan jawatannya dan menjadi tawanan perang tentera soviet bersama Jun-Shik. Mereka dikerah bersama tawanan perang yang lain untuk berperang dengan tentera Jerman sehingga menyebabkan perpisahan terjadi antara keduanya dalam peperangan paling teruk dalam era perang dunia kedua.

Tatsuo yang mula menyedari sikapnya yang mementingkan diri akhirnya berjaya bertemu kembali dengan Jun-Shik apabila mereka sama-sama berada di kem tentera Jerman di Normandy, Perancis. Kali ini mereka sepakat untuk melarikan diri dari kem tentera tersebut dan kembali ke Korea untuk meneruskan cita-cita mereka menjadi jaguh marathon.

Berjayakah misi mereka?
Kisah perjalanan perit yang diharungi oleh dua pemuda, yang dahulunya musuh kini bergantung harapan sesama sendiri demi mencapai impian mereka yang satu. 

Pelakon Filem My Way


Salah seorang pelakon yang memegang watak utama ialah pelakon drama bersiri korea " All About Eve" iaitu Jang Dong-Gun. Ada yang kenal tak dengan mamat ni (gambar sebelah kiri)?

Senarai pelakon dan watak yang dipegang:


  • KIM Jun-shik :   JANG Dong-gun 
  • HASEGAWA Tatsuo  : Joe ODAGIRI
  • Shirai  : FAN  Bingbing
  • KIM In-kwon  :  LEE Jong-dae  

Dan ramai lagi


Trailer My Way




Screen Shoot



2 comments:

  1. Tak minat tengok cerita perang..
    Tapi sangat minat cerita Korea..^_^

    ReplyDelete
  2. 5 bintang..bukan je sebab pelakon..tapi plot ceritanya yang tak membosankan..sentiasa tertunggu2 apa jadi seterusnya..kalau menghayati ceritanye betul-betull..harusla sediakan tisu...

    ReplyDelete