Jom cari Planet Marikh Malam ni , tu pun kalau...


Tak Hujan atau tak mendung boleh la tengok Marikh malam ni. Selama ni tak pernah ambil tahu pun kalau ada nampak bintang yang terlebih bersinar atau besar sedikit berdekatan dengan bulan.

Malam ni dalam pukul 9 , if langit kat tempat korang cerah tidak berawan disebelah timur, ce cuba perhati dengan mata , DENGAN MATA ya tak perlu teropong atau teleskop cari satu objek "merah" yang agak terang berhampiran bulan.

Boleh rujuk gambar disebelah untuk ketahui kedudukan Planet Marikh dan bulan , atau boleh juga rujuk video dibawah:






Q: Boleh tengok dengan mata ke?
A: Yes, boleh..tapi kalau tutup mata memang tak nampak :)

Q:Pukul berapa boleh tengok?
A:err.. kat atas tu kan dah tulis.. lebih kurang 9 malam.

Q:Kalau hujan boleh nampak tak?
A:Confirm tak nampak, duduk dalam rumah jangan main hujan

Q:Saya nampak bulan je la, keliling bulan banyak awan. Mana marikhnye? Tipu ke!?
A: Kalau ada banyak awan keliling bulan masa itu, mungkin Marikh akan terlindung. Jadi kena bersabar dan tunggu sampai awan dah beredar.

Q: Saya nak ambik anak saya di tusyen la pada jam 9 malam nanti! Jadi tak sempat nak tengok. Lepas tu boleh nampak tak?
A: Boleh je, pukul 10 ke, 11 ke.. InsyaAllah masih boleh nampak, cuma mungkin kedudukan marikh dan bulan lebih tinggi sikit.

Q: Lebih tinggi? Tak faham la.. maksudnya?
A: Ia dah berubah kedudukan di langit, dan tinggi sikit dari jam 9 tadi.

Kat bawah ni gambar dan video bulan yang diambil oleh admin FalakOnline pada 5hb mac baru ni :





2 comments: