Kek Chiffon (pelangi) 4 warna 4 rasa


kek chiffon pelangi
Warna pelangi suppose ada 7 warna kan, tapi kek ni cuma ada 4 warna sahaja so cam tak kena pulak nak letak nama pelangi tu. Tapi kalau ikut resipi asalnya memang resipi ni dinamakan Kek Chiffon Pelangi.

Ikut suka yang membuatnya la nak letak berapa warna, if betul-betul nk ikut pelangi letak la 7 warna. saya just letak 4 warna sahaja, biru , merah jambu, oren dan hijau.

Untuk kelainan setiap warna tu mempunyai rasa yang berbeza. Biru berperisa vanilla ,merah jambu rasa strawberry, Esen Rose dicampurkan kedalam adunan oren, manakalan hijau semestinya perisa pandan.

Perisa apa yang mendominasi terserah pada lidah yang merasanya (^_-)


Resipi Kek Chiffon Pelangi

resipi Kek Chiffon pelangi

Resipi ni asalnya saya terjumpa di blog yang lain tapi terlupa pulak link ke blog tersebut, search jumpa resipi ni di blog orang lain pulak, so saya CnP dari blog Sinar Kehidupanku je la. By the way thank pada orang yang mula-mula berkongsi resipi ni dan juga kepada mereka-mereka yang dah perpanjangkan resipi yang sedap ni.

BAHAN A
  • 6 biji kuning telur
  • 4 tbsp Minyak jagung/minyak masak  (saya guna minyak jagung) 
  • 60ml Susu segar (saya ganti dgn santak kotak)
  • 1/2 tsp Esen vanila  (guna esen perisa lain juga) 
  • 50g Gula Kastor  (just letak 40g sahaja) 
  • 110g Tepung naik sendiri

BAHAN B
  • 6 biji putih telur
  • 100g Gula Kastor  (kurangkan sedikit jadi 80g sahaja) 
  • 1/4 tsp cream of tartar  (tak letak) 
Optional : Sedikit pewarna biru, hijau, pink dan oren, juga esen vanilla , pandan , strawberry dan rose.


CARA-CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, siapkan tin chiffon berukuran 22 cm atau 9 inci. (tak perlu disapu mentega atau margerine). Ketepikan.
  2. Masukkan Bahan-BAHAN B (putih telur) dan gula kastor ke dlm mangkuk mixer dan putarkan sehingga berbuih kemudian baru masukkan cream of tartar putar hingga putih telur kental. (Speed laju).
  3. Dalam bekas yang lain, satukan semua bahan-bahan A, dikacau dengan whisk hingga sebati. Ketepikan sebentar
  4. Tuangkan adunan A ke dalam adunan B (putih telor).
  5. Putarkan dengan menggunakan whisk dengan kaedah kaup balik hingga rata dan sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. letak pewarna dan perisa pilihan anda.
  7. Tuang keempat empat adunan yang telah diwarnakan tadi secara berselang seli ke dalam tin yang telah disediakan tadi. 
  8. Bakar selama 30 - 40 minit hingga masak.
  9. Setelah masak, keluarkan dari oven dan terbalikkan sementara tunggu kek sejuk.

3 comments:

  1. tgk pun dah berselera..rajin sungguh org yg buat kek ni..

    ReplyDelete
  2. wah cantik.. nanti nak try.. tunggu mrs R tu datang heheheh

    ReplyDelete