Khasiat Menangis dari sudut perubatan


Semua orang pernah menangis, betul kan?

Even dah dewasa manusia masih menangis. Korang pulak, bila kali terakhir korang menangis ? Perkara atu situasi yang bagaimana boleh buat korang mudah nak mengalirkan air mata? Atau korang memang jenis yang cepat tersentuh, murah air mata , even masalah kecik pun boleh buat korang mengalirkan air mata juga?

Satu perkara lagi , pernah tak korang tahan dari menangis?

Tahukah korang menangis ni ada khasiatnya. Nak tahu tak apa khasiat nya? Jom baca kat bawah ni:

5 Khasiat Menangis dari sudut perubatan

1. Menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan

Jika kita berada dalam ketakutan, Zat-zat kimia akan terhasil dan zat kimia ini boleh disingkirkan melalui tangisan.

2. Meningkatkan kadar degupan jantung

Menangis la kerana ketika menangis degupan jantung akan meningkat. Tambahan pula ia boleh dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang.

3. Menghalang penyakit

Universiti Temple dari Amerika Syarikat telah mengkaji 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. Mereka mendapat jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang menghidapi penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. Manakala bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semula jadi dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai.

4. Membebaskan racun dari badan

Arthur Frank seorang ilmuan Amerika berkata, “Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk menagis berbanding kaum lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh mereka melalui tangisan.”

Saintis-saintis dan pakar mata berpendapat air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan daripada tubuh melalui tangisan. Ini menjadikan orang yang menangis bebas daripada racun-racun tersebut.

5. Air mata mengandungi 25% protein

Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protien dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ianya dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis. Begitulah ceritanya tentang menangis. Jadi jika anda rasa nak menangis, jangan ditahan-tahan, biarkan ia berlaku kerana ia adalah satu terapi


Sumber : RAPI Magazine

8 comments:

  1. assalam ana..acik mudah menangis kalau tengok tv..cerita sedih senang je menangis.kalau tak susah jugak..kecuali kalau acik marah atau takut..

    ReplyDelete
  2. pagi tadi baru menangis sebab takut..

    ReplyDelete
  3. menangis la selagi ada ayer mata

    ReplyDelete
  4. sukar nak nangis tanpa sebab..kalu rasa bersalah, dan buat salah, akan nangis...huhuhu

    ReplyDelete
  5. Pengakuan ikhlas..SAYA MEMANG CENGENG.
    sekian.hihi.

    ReplyDelete
  6. terjumpa info ni, juga pasal menangis… sharing is caring :) - Kenapa Perempuan Lebih Banyak Menangis

    ReplyDelete