Nasi Hujan Panas : Try resipi lain pulak


Menu lunch tadi, "Nasi Hujan Panas" diganding dengan Ayam Masak Merah Madu.

Kali ni try resipi Nasi Hujan Panas yang lain pulak. Kalau Resipi sebelum ni ada penggunaan kiub pati ayam, tuk resipi yang ini kelainannya terletak kepada penggunaan susu pekat dan sos tomato dalam penyediaan Nasi ni.

Note : Tuk lihat resipi seblum ni boleh ke entry " Nasi Hujan Panas berganding dengan Ayam Masak Merah Madu" dan untuk resipi ayam boleh ke entry " Resipi ayam Masak Merah Madu"

Kalau ditanya pilihan diantara kedua-dua resipi ni mana satu yang lebih disukai?Pada saya kedua-dua resipi ni ada kelainan yang tersendiri, dan mungkin dilain kali akan mencuba resipi lain pulak. Tak salah kan kita try banyak-banyak resipi tuk cari mana yang tekak rasa lagi berkenan. Nak olah sendiri tak pandai so cuba resipi orang lain je la...

Cam biasa, kat bawah saya tepek sekali resipi yang telah dicuba sebagai rujukan sendiri dan tuk sesiapa yang sama-sama tak "pandai" memasak cam saya (^_-)


Nasi Hujan Panas
Sumber : msarena@MyResipi

Bahan-bahan ( for 8 org makan )

6 pot kecil Beras biasa (brasmathi pun boleh) ~ Saya guna beras basmathi
1 sudu minyak sapi
1 sudu susu pekat
Rempah 4 sekawan (bg lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkeh)
Garam secukup rasa
1 Bawang besar dihiris
Minyak untuk menumis ~ Guna margerin
2 helai daun pandan
1 Sudu sos tomato
1 inci halia diketuk
Pewarna ikut suka, saya guna hijau, kuning n merah ~ Guna hijau , pink dan oren

Cara-cara

  1. Basuh beras & sukat air macam masak nasi biasa
  2. Panaskan  margerin & minyak sapi   untuk menumis
  3. Masukkan bawang & rempah & halia & daun pandan. Tumis sampai naik bau
  4. Kemudian masukkan sos tomato, susu, & garam.
  5. Sudah menggelegak masukkan beras bersama air ke dalam periuk nasi n kacau sebati
  6. Setelah nasi agak kering cucukan lidi bersama pewarna td ke dalam nasi. Biar sehingga setengah jam baru di kacau.


No comments:

Post a Comment