Resipi ayam Masak Merah Madu


Seperti yang dah diwar-warkan kat entry sebelum ni,   kat sini just nak tepek resipi Ayam Masak Merah Madu bagi sesiapa yang try cuba masak ikut resipi ni eik.

Simple je nak buatnya, bahan pun tak cerewet mana. untuk makluman korang resipi ni saya ambil dari sini. Thank pada puan empunya resipi, izin kan saya kongsi dan perpanjangkan resipi ni kat blog ni pulak ya.


Resipi Ayam Masak Merah Madu (kak Ina KL)


Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam potong 8

1 biji bawang besar

4 biji bawang kecil

5 biji bawang putih

4 sudu besar cili kisar

3-4 sudu besar cili sos

1 sudu besar tomato sos

2 sudu besar madu

1 batang serai-ketuk hujung

1 biji bawang besar-hiris bulat

minyak

garam

Cara-cara

1. Bersihkan ayam dan toskan. Masukkan garam dan serbuk kunyit dan goreng. Tak payah garing.

2. Kisar bawang besar, bawang kecil dan bawang putih.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga terbit bau.

4. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga cili masak dengan api sederhana.

5. Masukkan sos cili dan sos tomato dan sedikit air.

6. Setelah itu masukkan madu dan tambah lagi sedikit air.

7. Masukkan ayam dan bawang besar dan kacau sehingga kuah pekat sedikit.

8. Masukkan garam jika perlu dan bolehlah di angkat.

9. Hidangkan dengan nasi sedap (nasi beraini ker, nasi tomato ker)

1 comment: