Resipi Donut Keledek : lari dari kebiasaan


Kalau tengok gambar kat sebelah ni nampak sama macam donut biasa kan?

Dah namanya donut, rupa luarannya camtu la jugak biar la letak isi keledek sekalipun, dah rasa baru tahu kelainan donut ni.

Sebenarnya dah lama teringin nak try buat Donut Keledek ni, Keledek pun dah berminggu beli tapi simpan je sampai dah nak tumbuh akar. Orang kata diam ubi berisi, tu kalau ubi yang dalam tanah la kan, kalau ubi yang dah dalam rumah, duk biar ubi tu diam kat dalam raga mau berakar la jawabnyakan. Nasib tak buruk je.

Pada saya donut keledek ni memang gebu dan lembut, sebab guna keledek oren warna donut ni pun ada oren-oren jugak sikit.


Pada yang nak rasa kelainan dari donut biasa dan nak lari dari kebiasaan buat kuih keria bila ada stok keledek kat rumah, boleh try resipi donut keledek ni. Memang gebu dan lembut.

DONUT KENTANG
by Ros Jintan Manis
sumber: K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahannya
250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek  ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil) (ganti dengan keledek)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam (guna 50ml susu segar dan 30ml air suam)
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)

Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

3 comments:

  1. seronoknya tgk org rajin buat kuih nie..
    hantar le kt kty sikit

    ReplyDelete
  2. buat donut dulu sekali, tak jadi sangat terus tak buat2 :p

    ReplyDelete
  3. alahai,billalah ada masa nak wat donut ni

    ReplyDelete