Sinopsis Drama Mahabbah : Slot Samarinda TV3


"Bermula 27hb Mac 2012 selasa - rabu pukul 10.30 & 9.30 mlm bg hari khamis di slot Samarinda TV3 . " 
Jarang-jarang ambil peluang tengok drama di slot Samarinda. Even drama sebelum ni iaitu drama pelangi Kasih pun sekadar tengok gitu-gitu je.

Drama Mahabbah ni keluaran Asia Media Content. Kalau drama bersiri Nora Elena dan Vanilla Coklat mampu menarik jutaan penonton dan menjadi "fenomena" , agaknya drama ni mampu ke mengecapi kejayaan yang serupa?

Sinopsis Mahabbah Episod 1 , 2 & 3


Sinopsis untuk minggu pertama (episod 1 - 3) bagi drama bersiri Mahabbah adalah seperti berikut (kesahihannya tak 100% sure ya) :



Episod 1 ~ 27 Mac 2012


Iskandar yang kini bekerja dengan bapanya mengambil keputusan berkahwin dengan Sabila, kekasihnya sejak di universiti.

Episod 2 ~ 28 Mac 2012


Puan Sri Alina memujuk agar menerima Sabila tetapi Tan Sri Sabri mengatakan perkahwinan bukan sekadar berlandaskan cinta tetapi mesti berlandaskan legasi perniagaan.


Episod 3 ~ 29 Mac 2012


Sabila meminta Iskandar agar tidak meneruskan hasratnya kerana bagi Sabila, restu keluarga adalah kunci kebahagiaan sebuah rumah tangga.





Sinopsis Penuh Drama Mahabbah

Setakat ni belum jumpa lagi sinopsis drama ni, jika dah ada nanti akan diupdate kemudian, tapi secara telahan awal drama ni tentang kisah percintaan antara Sabila dan Iskandar yang mendapat tentangan dari keluarga iskandar. Mereka berkahwin tapi rasanya akan terpisah semula bila meraka dah memiliki seorang anak.


Senarai pelakon yang membintangi drama ini

Teraju utama dibawa oleh Nur Fathia (Sabila) dan Azlee Khairi (Iskandar) dan dibantu oleh Dato Jalaluddin Hasan (Tan Sri Sabri - ayah iskandar) , Aida Aris (Puan Sri Alina - Ibu iskandar) , Fazlina Ahmad Daud , juga penampilan istimewa Aiman Hakim Redza .


Gambar sewaktu pengambaran Mahabbah



3 comments:

  1. mcm best..
    Tapi tak pernah dapat tengok..
    huhu..

    ReplyDelete
  2. Yup.mmg nmpk cam best tp sure xsempat nk layan..huhu

    ReplyDelete