Sosej Blossom Bun Kembang Setaman


Sangat berpuas hati dengan hasil meroti kali ni!

Even rupanya tak menjadi blossom hanya rupa kembang setaman aje tapi tekstur roti ni amat lembut even dah di"derhaka" pada resipi asalnya.

Tak pakai Bread maker malah uli doh ni pun sekadar sikit-sikit sahaja, tapi hasilnya gebu dan lembut. Mungkin faktor penggunaan "water roux" tu menjadi penyelamat bun kali ni menjadi!

Resipi Sosej Blossom Bun (Roti Sosej)
Ikut pada resipi asal ada penggunaan bread improver dan bread softener tapi dek kerana tak da stok kedua-dua bahan tu , makanya merajinkan diri buat water roux tuk diletakkan sedikit kat dalam doh roti sosej ni.

Pssstttt, ada ke yang tak tahu apa itu water roux?

Kalau tak tahu meh nak story sikit:
Water roux atau di kenali sebagai Tang Zhong dalam bahasa cina  di gunakan sebagai agen penaik dan pelembut yang di campur bersama bahan asas roti. Kaedah ini menjadikan bun dan roti lebih gebu dan anjal.  

Sumber asal : CMG ~ dapur Tanpan Sempadan
Bahan diguna untuk buat Bun Sosej:
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 g susu tepung 
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner 
  • 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gram instant yeast
  • 20 g mentega ~ Ganti dengan margerin
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
  • 10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
  • Mayonnaise secukupnya
  • Sos cili/sos tomato, secukupnya
  • Mix vege secukupnya
Cara membuatnya:
  1.  Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. 
  2. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. 
  3. Tambah marjerin dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).
  4. Bulat-bulatkan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. 
  5. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). 
  6. Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian 
  7. Kemudian, bentukkan dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah-tengah bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. 
  8. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit marjerin. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. 
  9. Perap 45 minit.
  10. Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. 
  11. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. 
  12. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. 
  13. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....


4 comments:

  1. x pernah dengaor water roux tu apa... heheh...

    lebih lagi tak rajin me'roti'..

    ReplyDelete
  2. water roux nie bleh dpt kt kedai ke camner, kak?

    ReplyDelete
  3. pernah buat roti sekali. masa panas, gebu. dah sejuk keras gilerr.. itu lah sekali meroti hihihi!!

    ReplyDelete
  4. Nyum..nyum...sosej, i looikee..

    ReplyDelete