Udang Merah madu gandingan Nasi Beriani semalam


Lately ni mood berblog ke laut, sebab tu la berderet entry "kongsi Resipi". Orang kata kalau dapat BE dari Nuffnang, boleh jadi pembakar semangat nak berblog, Cek nuffnang pun dah on the way nak sampai kat tangan, tapi tah la cam tak de mood je.

Okey la tutup buku bab tak de mood , entry ni just nak kongsi resipi yang dah dicuba je, resipi Udang Merah Madu diambil dari resipi  udang Merah Madu kasturi by DayangJack @DapurKu SaYang. Sebab tak letak daun limau purut dan jus limau kasturi so jadi la Udang Merah Madu je.

Udang Merah Madu Kasturi
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 300 g udang sederhana (dibersihkan, dilumur dengan sedikit garam dan kunyit. Kemudian digoreng 3/4 masak)
  • 2-3 sudu makan cili giling
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos cili thai
  • sedikit madu
  • garam
  • sedikit jus limau kasturi atau air asam jawa
  • sedikit air
  • sedikit hirisan bawang besar
bahan-bahan kisar :
  • 1/2 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga wangi.
  2. Masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan pula sos tiram, sos cili thai, madu, garam, jus limau kasturi/air asam jawa dan air secukupnya. Kacau sebati hingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan daun limau purut yang sudah diracik halus tadi. Kacau lagi rata-rata.
  5. Akhir sekali masukkan udang dan bawang besar. Gaul-gaulkan hingga mesra dan sebati.
  6. Setelah masak, tutupkan api. Hidangkan bersama nasi. 

No comments:

Post a Comment