Ayam Bakar Mayonis : Mood berblog ke laut


Ayam Bakar mayonis
Gambar Blurrrr....
"Ayam Bakar Mayonis buat untuk lunch tadi"
Lately ni memang mood berblog tak ada langsung.  Entry pun ala kadar je, bukan tak ada idea tapi banyak perkara yang mengganggu. Normal la tu kan, mana-mana yang berblog sekadar hobi bukan full time blogger akan rasa pasang surut mood berblog ni.

Bukan setakat mood berblog je, lepas balik dari cuti-cuti di KL dan selangor hari tu, mood nak membaking pun tak mari-mari lagi. Ada plan nak buat kek , tapi asyik bertangguh aje. Hmmmm....

Masak Ayam Bakar Mayonis ni pun sebab tetiba teringin nak makan masakan style berbakar. Sebenarnya teringin nak makan ikan talapia bakar tapi masa pergi pasar tu, duk termenung je tengok ikan talapia tercungap-cungap dalam bekas air sampai tokey jual ikan tu tanya nak ikan talapia ke? Huhuhu agaknya sebab terlebih termenung kat situ sampai tak jadi nak beli.

Resipi Ayam Bakar Mayonis



Resipi Ayam Bakar Mayonis ni saya ambil dari My Resipi. Biasa buat guna resipi lain, tapi kali ni saje cuba resipi yang ni pulak. Sepertimana feedback mereka-mereka yan dah cuba resipi ni, resipi ni simple dan hasilnya tak mengecewakan. Pada yang nak cuba boleh check resipi dibawah:

Ayam Bakar Mayonis
Sumber : vdia @ My Resipi

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

8 ketul drumstick
1 sudu besar mayonis
1 kiub ayam
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
Lada hitam secukupnya-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
1/2cm halia-tumbuk
Cara-cara

Perap dengan semua bahan-bahan di atas dalam 1/2 jam. Kemudian bakar. Lagi lama perap, lagi sedap.

5 comments:

  1. wallaaa...sedapnya kak. sangat mudah nak buat...nanti nak cuba jugaklah :)

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan...
    Saya anak kecik ada, kadang2 mood nak masak pun lari laghau..aish.., bukan apa, menggedek dia aje..

    Cantik blog Ana. Nice blog.^^
    Jemput datang blog saya dan jemput exchange link dgn saya ye^^

    WWW.REDCOMELMALL.BLOGSPOT.COM

    ReplyDelete
  3. Hihu...xpe2...kasi bertenAng dlu k..
    Moga mood berblogging dtg dgn cerianya nnt.chill (^_^)

    ReplyDelete
  4. yummy..yummy..sy nak share resepi ni leh tak?

    ReplyDelete