CHOCOLATE CHEESECAKE BROWNIE (by Donna Hay)


CHOCOLATE CHEESECAKE BROWNIE
Brownie Coklat Berlapis cheese
Ada yang teringin nak makan "CHOCOLATE CHEESECAKE BROWNIE" ni tak?

Kalau ada jemput la datang rumah! (^_^)

Bebudak ni kurang layan kek atau apa aje yang ada cheese. Memang tak de harapan la mamanya nak buat cheese cake. Baru buat brownie yang ada lapis cheese ni pun, bebudak ni makan lapisan coklat aje.

Nampak gayanya, kalau teringin sangat nak makan cheese cake kena beli je la. Sekalipun kalau tangan ni gatal jugak nak buat sendiri, kena buat dalam bekas yang paling kecik. (-_-)


Resipi CHOCOLATE CHEESECAKE BROWNIE


Setelah lama tak membaking, gara-gara kemalasan dan ditambah pulak dengan masalah  keputusan bekalan air yang semakin menjadi-jadi lately ni, makanya pilih resepi simple sebagai pemanas badan.

Kiranya ni first time saya buat brownie. Kebetulan memang ada stok cheese yang dibeli sebab plan nak buat satu resipi kek yang ada penggunaan cheese. Tangguh dulu la projek kek yang tu, buat brownie ni pun kurang dapat sambutan kalau buat kek cheese tu tak tahu la mampu tidak  tarik minat budak-budak ni.

Ikut kan tak de la langsung bebudak ni tak makan kek yang ada rasa cheese sebab pernah buat Slice Cheese cake (Versi Strawberry) okey je diaorang makan, cepat je habis kek tu. Ta kisah la tu, asal diaorang nak makan mamanya suka je nak membaking (^_*).

Pada yang nak try buat CHOCOLATE CHEESECAKE BROWNIE boleh tengok bahan-bahan dan cara membuatnya di bawah.

CHOCOLATE CHEESECAKE BROWNIE (by Donna Hay)
source : Rima
source : K.Nor

Bahan-bahan:


Bahagian coklat
185g mentega (dicairkan) 
1/4 cawan serbuk koko  
1 cawan gula kaster/ gula perang
2 biji telur
1 cawan tepung

Bahagian Cheesecake
285g krim keju,  
4 1/2 sudu besar gula kaster 
2 biji telur

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan Oven pada suhu 160 degree C
  2. Masukkan mentega , serbuk koko, gula, telur dan tepung kedalam bekas dan putar hingga sebati.
  3. Tuang dalam bekas empat segi 8' yang dah di alas dengan baking paper.
  4. Untuk membuat adunan chesecake, satukan krim keju, gula dan telur dan putar hingga sebati.
  5. masukkan adunan cheesecake tadi diatas adunan coklat dan lorekkan sedikit .
  6. Bakar 45-50 minit atau hingga masak.



2 comments:

  1. sedapnya tgok... hmmm bila la sy nak buat ni

    ReplyDelete
  2. nak tanya tepung tu jenis tepung apa yg digunakan?...

    ReplyDelete