Cinta Buat Emelda Episod 13, 14, 15 & 16


"Sinopsis Drama Cinta Buat Emelda bagi minggu pertama baca di entry "Sinopsis Drama Cinta Buat Emelda : Adaptasi dari Novel" , untuk minggu kedua di entry "Cinta Buat Emelda Episod 5, 6, 7 & 8" dan minggu ke tiga di entry "Cinta Buat Emelda Episod 9, 10, 11 & 12"
Minggu ni masuk minggu ke-4 (episod 13, 14, 15 & 16)  bagi drama Cinta Buat Emelda. Tinggal 2 minggu sahaja sebelum drama ni sampai ke penghujungnnya.


P/s: Hihihii tahu ada dikalangan pengunjung setia blog ni tak mengikuti drama ni langsung kan? Pada yang tak mengikuti cerita ni ignore je la eik entry ni.

Saya pun ala-ala je menengoknya, tak tegar langsung ada masa tengok ada masa tak. Tapi antara banyak-banyak drama bersiri cerita ni dan cerita Mahabbah je yang saya tengok , tapi tengok gitu-gitu je la sekadar tahu flow cerita setiap episod cukup la.


Sinopsis Minggu Ke-4 Cinta Buat Emelda


Bila dah masuk pertengahan cerita means bermula la konflik dan sedikit demi sedikit rahsia yang di simpan oleh Emelda bakal tersingkap. Kat bawah ni cam biasa sedikit sinopsis untuk episod  13 (16 april), 14 (17 april), 15 (18 april) & 16 (19 april):


Episod 13 : 16 April 2012


Persetujuan Emelda untuk berkahwin dengan Aril Fatah disambut gembira keluarga nya. Perkahwinan antara Emelda dan Aril Fatah berlangsung.


Episod 14 : 17 April 2012


Datin Sutinah merasakan yang dia akan kehilangan Emelda sebagaimana dia kehilangan Emira. Ia disebabkan Emelda sudah menjadi isteri Aeril dan akan tinggal bersama Aeril


Episod 15 : 18 April 2012


Hakimie menghubungi Aeril, mengadu bahawa Huda telah mengetahui tentang hubungan beliau dengan Nazihah.



Episod 16 : 19 April 2012


Zalida bertemu Aeril, dia nampak kebahagiaan jelas terpancar di wajah Aeril. Namun, Aeril berasa bersalah terhadap Zalida dan ingin sekali menebus kesalahannya terhadap Zalida.




* Kepada yang mungkin terlepas mengikuti mana-mana episod drama Cinta Buat Emelda ni boleh je tengok kat tonton. Kalau rasa nak kongsi apa-apa berkaitan cerita ni boleh ke FB page drama ni disini

No comments:

Post a Comment