Cinta Buat Emelda Episod 21, 22, 23 & 24


"Baca sedikit sinopsis cerita ini dalam versi Novel (Novel Kisah Antara Kita) di entri  "Sinopsis Drama Cinta Buat Emelda : Adaptasi dari Novel" "

Sedikit sakit hati dengan babak Zalida dan Nazri, dalam episod khamis hari tu. Perancangan Zalida yang ingin merebut cinta Aril Fatah kembali dan keinginan Nazri merampas Emelda dari tangan suaminya.

Agaknya bagaimanakah caranya Zalida ingin mendekati dan seterusnya merebut kembali Aril Fatah?

Adakah Emelda akan hanya mendiam diri melihat suaminya didekati oleh wanita yang pernah menjadi kekasih suaminya?

Bagaimana pula reaksi Aril fatah bilamana nazri menyatakan bahawa Dania adalah anaknya dengan Emira?

Mesti korang yang mengikuti cerita ni, tak sabar nak tahu kesudahan drama ni kan?



Minggu terakhir Drama Cinta Buat Emelda


Korang juga mesti nak tahu apa yang bakal terjadi dalam setiap episod untuk minggu ke- 6 iaitu minggu terakhir ni kan. Episod bila Nazri membuat helah Dania adalah anaknya , bagaimana pula kisah Aril dan Zalida , kisah Aril dan Emelda pula apa kesudahannya?

Cam biasa sedikit sinopsis untuk setiap episod (Episod 21, 22, 23 & 24)  boleh dibaca di bawah:  
  • Episod 21 : 30 April 2012 ~ Huda masih trauma dengan apa yang berlaku dan tidak dapat menerima kenyataan yang anaknya mati dalam kandungan.

  • Episod 22 : 1 Mei 2012 ~ Emelda mula meragui akan hubungan Aeril dan Zalida. Nazri pula masih tidak putus asa mengganggu hidup Emelda.

  • Episod 23 : 2 Mei 2012 ~ Aeril mula runsing dengan apa yang dikatakan Nazri bahawa Dania adalah anak Emira bersama Nazri.

  • Episod 24 (Akhir) : 3 Mei 2012 ~ Alia dan Emeriz yang sudah tahu tentang kebenaran yang disembunyikan oleh Emelda, mula menyalahkan diri masing-masing.

Drama Seindah Sakura ganti Cinta Buat Emelda


Khabarnya selepas berakhirnya Drama Cinta Buat Emelda pada 3 Mei 2012 nanti, Drama Seindah Sakura akan menyusul pada 7 Mei 2012. Drama  Lakonan Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad ini juga merupakan drama adaptasi dari Novel dengan tajuk yang sama. Pada yang belum mengetahui sinopsis drama Seindah Sakura boleh baca di entry " Drama Seindah Sakura di TV3 ".

1 comment: