Cinta Buat Emelda Episod 5, 6, 7 & 8


Sinopsis Drama Cinta Buat emelda Versi Novel boleh baca di entry "Sinopsis Drama Cinta Buat Emelda : Adaptasi dari Novel"
"Drama Cinta Buat Emelda diadaptasi daripada sebuah novel yang laris bertajuk ‘Kasih Antara Kita’ . Drama ini mengisahkan tentang pasangan kembar, Emelda dan Emilia yang  mempunyai personaliti yang berbeza. Emelda seorang ulat buku manakala Emilia seorang yang ceria dan gemar bersosial. Emilia terlanjur dengan teman lelakinya, Ariel Fatah sehingga  ter"mengandung".

Malangnya, Emilia meninggal dunia selepas melahirkan anaknya akibat penyakit kanser. Bagi menjaga maruah kakaknya, Emelda mengaku bahawa bayi tersebut ialah anaknya. Selepas 7 tahun, Emelda bertemu kembali dengan Aeril. Setelah mengetahui Dania ialah anak kandungnya, Ariel Fatah mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda tanpa menyedari bahawa Emelda bukanlah Emilia."

Sinopsis Episod 5, 6, 7 & 8 bagi Drama Cinta Buat Emelda






Sinopsis bagi minggu kedua episod 5 - 8 , untuk drama Cinta Buat emelda seperti dibawah:

Episod 5 : Drama Cinta Buat Emelda

Azida yang terkejut dengan kedatangan Emeriz dan Faiz di gerainya. Emeriz memerli azida untuk menyakitkan hati Azida. Sikap Maliki yang banyak meluangkan masa dengan Irfan dan Alia membuatkan Alia berasa gembira. Huda yang sentiasa menyakiti hati Nazihah membuatkan Nazihah begitu marah dengannya. Aril Fatah terkejut apabila mendapat tahu Nazihah begitu rapat dengan Hakimie tanpa pengetahuan dia. Akhirnya, Aril Fatah dapat menerima hubungan cinta diantara Hakimie dan Nazihah.

Maliki menjemput Emelda ke majlis hari jadi Irfan. Ketika di majlis Huda dan Saiful telah merosakan majlis tersebut dengan menghina Emelda di depan khalyak ramai dan Aril Fatah terkejut dengan kata-kata Huda.

Episod 6 : Drama Cinta Buat Emelda

Alia dan Maliki berasa pelik apabila Aril Fatah begitu berminat untuk mengetahui kisah silam Emelda. Emelda risau tentang kisahnya dengan Dania akan diketahui oleh Aril Fatah kerana dia takut Aril Fatah akan merampas Dania daripada dia. Alia juga sedih apabila Maliki seakan tidak mempercayai dan menuduhnya bersubahat dengan Huda.

Emeriz mengajak Azida keluar untuk makan tengah hari bersamanya namun di tolak oleh Azida. Huda terkejut apabila Saiful membawa seorang bayi yang bernama Atiq. Aril Fatah meminta penjelasan daripada Emelda mengenai Dania. Emelda mengaku bahawa Dania adalah anak Ari Fatah.

Episod 7 : Drama Cinta Buat Emelda

Aril Fatah menjadi serba salah apabila mendapat tahu Dania adalah anaknya. Namun Huda yang tidak menyenangi kehadiran Atiq dan tidak mahu Atiq dijadikan sebagai anak angkatnya. Aril Fatah membuat keputusan untuk mengahwini Emelda walaupun Emelda tidak bersetuju dengan keputusannya. Sejak itu, hubungan Aril Fatah dan Dania menjadi semakin rapat sehinggakan Dania memanggil Aril Fatah papa. Emeriz tetap cuba untuk mendekati Azida walaupun Azida tidak berminat untuk melayannya. Akhirnya, Aril fatah memberitahu keluarganya yang dia akan berkahwin dengan Emelda dan semua terkejut dengan keputusannya.


Episod 8 : Drama Cinta Buat emelda

Aeril Fatah menceritakan kisah silamnya ketika dia belajar di Ireland. Namun keputusan Aeril Fatah untuk berkahwin dengan Emelda dihalang oleh Huda.

1 comment:

  1. huhuhu nak tgok tapi jarang dapat tgok sbb time tak sesuai ^_^

    ReplyDelete