Cinta Buat Emelda Episod 9, 10, 11 & 12


Sinopsis Drama Cinta Buat Emelda bagi minggu pertama baca di entry "Sinopsis Drama Cinta Buat Emelda : Adaptasi dari Novel" dan sinopsis untuk minggu kedua di entry "Cinta Buat Emelda Episod 5, 6, 7 & 8"

Drama ni boleh dikatakan mendapat sambutan hebat jugakkan. Tengok pada carian, ramai juga yang search tentang drama ni. Saya pun boleh dikatakn mengikuti juga drama ni, cuma tak la 100%.

Kalau waktu siaran ditukar ke 6 ptg hingga 7 ptg , atau 6.30 ptg hingga 7.30 petang mungkin lebih elok sedikit. Ya la watu 7.00 hingga 8.00 malam tu dikira waktu maghrib kan. Memang kurang sesuai la kita nak duk mengadap tonton drama ni.

Okey la stop bebelan bab waktu siaran yang kureng sesuai tu. Even kita duk bebel kat blog je tak jadi apa kan. Kalau betul-betul nak waktu siaran slot akasia ni diubah , kena hantar surat cadangan kat TV3 la. kalau ramai yang membantah, rasanya TV3 akan akur dan tukar waktu siarannya kan.


Sinopsis Cinta Buat Emelda Minggu Ke-3




Sekejap je, drama ni dah pun masuk minggu ke tiga bersiaran. start minggu depan (minggu ke-4) bermulanya konflik selepas berlangsungnya perkahwinan antara Emelda dan Aril Fatah. Untuk minggu ke - 3 ni, drama Cinta Buat Emelda lebih tertumpu kepada perancangan Aril Fatah ingin menjadikan Emelda isterinya yg sah.



Sinopsis ringkas bagi episod 9 , 10 , 11 dan 12 seperti dibawah.

Episod 9 : 9 April 2012


Emelda tidak bersetuju dengan keputusan Aril Fatah untuk meminangnya. Dania sedih apabila di sekolah kawan-kawannya becerita mengenainya yang dia tidak mempunyai ayah.


Episod 10 : 10 April 2012


Hubungan diantara maliki dan alia menjadi semakin baik semenjak Maliki menyelesaikan masalahnya bersama Alia.


Episod 11 : 11 April 2012


Aril Fatah dan keluarganya sampai ke rumah Emelda untuk meminangnya tanpa pengetahuan keluarga Emelda. Aril Fatah memberanikan diri untuk memberitahu keluarga Emelda bahawa dia merupakan ayah kandung Dania.

Episod 12 : 12 April 2012


Setelah memikirkan tentang Dania, Emelda akhirnya menghubungi Aril dan berkata bahawa dia sudi untuk berkahwin dengan Aril.

2 comments:

  1. cantek gak.. memang tengah cari cite2 yang ala2 ombak rindu gak nie.. maklumlaaa.. aaron aziz menang smalam.. haha

    ReplyDelete