Drama Bila Joyah Masuk TV di TV9


Agak lama juga tak tengok drama komedi lakonan Jasmin Hamid. Masa first tengok promo drama ni tetiba teringat drama lakonan Jasmin Hamid masa di awal kemunculan dia sebagai pelakon dulu.

Tajuk drama tu "Minah Senget" disiarkan di RTM (kalau tak silap) tahun 1991. Even selepas 20 tahun , masih ingat lagi watak Minah Senget tu. 

psstt: Korang Pernah tak tengok drama Minah Senget? 

Memang terkesan sungguh watak lakonan dia, sampai sekarang kalau sebut Jasmin Hamid, tak boleh tidak, teringat watak dia sebagai Minah Senget. Mungkin faktor masa tu tak banyak drama dan pelakon , so mudah untuk diingati. Tak macam sekarang, saluran TV banyak, drama pun sampai dah tak tertengok, pelakon lagi la, berlambak-lambak, sentiasa ada pelakon baru ....


Sinopsis Drama Bila Joyah Masuk TV

Okey la, stop story tentang Jasmin Hamid dan Minat Senget. Berbalik pada Drama Bila Joyah Masuk TV, sinopsis untuk drama ni boleh di baca di bawah. 


Sebelum tu, untuk makluman korang, drama Bila Joyah Masuk TV ni akan bersiaran pada 11hb April 2012, pukul 8.30 malam di Slot Skrin TV9.

Bila Joyah Masuk TV mengisahkan Joyah(Jasmin Hamid) yang kuat membebel. Kisah bermula dengan Joyah diceraikan suaminya dan perlu membesarkan dua anak, Syak (Bell Ngasri) dan Wawa (Dottie).

Selain kuat membebel, Joyah juga terkenal dengan kerepek ubinya yang sedap. Hidupnya berubah apabila syarikat produksi drama menjalankan penggambaran telefilem Syurga di Hati, Neraka di Jauhi di kampungnya. Kebetulan watak utama drama berkenaan tidak hadir dan untuk mengurangkan kos bayaran artis, produksi memujuk Joyah berlakon.

Telefilem itu mendapat maklum balas positif masyarakat, lalu pihak penerbitan menyambungnya kepada drama bersiri. Joyah ditawarkan watak utama bergandingan dengan Norman Hakim.

Rezeki terpijak itu menukar kehidupan Joyah daripada seorang janda yang menjual kerepek ubi kepada pelakon terkenal. Namun, apabila semakin popular, Joyah mula lupa daratan. Dia cerewet soal bayaran hingga tidak ada siapa berani mengambilnya berlakon.
Sumber: anizyn



Drama terbitan ZK Creative Production ini dilakonkan oleh Jasmin Hamid, Bell Ngasri, Dottie, Kaza, Hamid Gurkha, Amran Tompel, Norman Hakim, Memey dan Dato' Aziz Satar!












1 comment: