Gambar pernikahan Fasha Sandha dan Jejai



Tahniah kepada pasangan pengantin baru Fasha Sandha dan Rizal Ashram (Jejai) yang sudah pun sah bergelar suami dan isteri sekitar jam 9.45 malam tadi (27 April 2012).

Untuk makluman, Majlis pernikahan ini telah pun berlangsung di Crowne Plaza Mutiara Hotel, Kuala Lumpur dan hanya dihadiri oleh jemputan khas terdiri dari ahli keluarga dan teman rapat kedua-dua pihak sahaja.

Dengan dua kali lafaz , pasangan yang sering dilanda gosip berkait dengan kisah percintaan mereka akhirnya bersatu jua dalam sebuah ikatan perkahwinan.

Khabarnya majlis resepsi perkahwinan Fasha Sandha & Rizal Ashram ini bakal berlangsung di pusat peranginan Bali, Indonesia. Jika Majlis pernikahan hanya khas untuk jemputan seramai 300 orang sahaja, majlis resepsi nanti akan lebih eksklusif dan hanya akan dihadiri oleh 100 jemputan khas sahaja.


Video akad nikah Fasha Sandha dan Jejai


Video sedutan majlis akad nikah pasangan popular Rizal Ashram atau Jejai bersama pelakon popular, Fasha Sandha, dari Media Hiburan TV.







Gambar sekitar Majlis Pernikahan Fasha Sandha & Rizal Ashram






Sumber : Roti kaya

No comments:

Post a Comment