Gambar & Video Bersih 3.0 : Guna akal bukan ikut emosi


Sana sini kecoh tentang Perhimpunan BERSIH 3.0 yang berlaku semalam (28 April 2012).

Sampaikan wall FB pun dah tak "BERSIH" . Ramai yang duk share dan duk tag gambar dan video sekitar perhimpunan semalam. Gambar berdarah, gambar "keganasan" , gambar "BERSIH" & "AMAN" gambar tak berapa nak "BERSIH" & tak berapa nak "AMAN", pendek kata semua ada.

Bukan setakat semak dengan gambar dan video tentang BERSIH 3.0 tu aje, komen yang berbaur politik dan kutuk mengutuk yang mengambarkan akal tak berapa nak panjang pun banyak.

Bukan setakat FB je , kat blog pun ramai yang duk pukul canang pasal cerita ni, sampai satu tahap terfikir:
Yang ramai duk pergi ke perhimpunan semalam tu sebab memang support BERSIH ke atau lebih ramai yang pergi sebab nak dapatkan cerita panas lagi sensasi sebab nak up kan kat blog dan youtube?

Maaf kalau ada yg terasa, tapi bila baca komen tak kira dari pihak menyokong atau pihak yg membangkang rasa macam baca komen dari orang yang belum baligh ,komen dari mereka yang belum cukup matang. Kutuk mengutuk dengan bahasa yang kurang sopan, langsung tak menggambarkan akhlak seorang muslim yang sepatutnya.

Masing-masing punya pendirian dan pendapat masing-masing, hormati pendirian orang lain dan jika tidak suka atau kurang bersetuju tegur dengan berhemah bukan dengan kutukan dan kejian. Jangan sesekali biarkan emosi mengatasi akal yang waras.

Kita diberi akal untuk berfikir, so gunakan sebaiknya, jangan hanya jadi pak turut dan percaya hanya sekadar membaca artikel dan melihat gambar dan video dari satu sumber sahaja. Luaskan pemerhatian, buka mata , ringankan jari untuk mencari dan meneliti maklumat dari pelbagai sumber sebelum kita membuat apa-apa kesimpulan.

4 comments:

  1. Biasa la ana... Benda macam ni org cepat emosi..

    ReplyDelete
  2. setuju...x perlu nak guna bahasa kasar atau apa...buat tambah dosa je kan heee

    ReplyDelete
  3. tak minat nak tgok video2 dan article pasal semua ni.. semua tu penyakit hati

    ReplyDelete
  4. sbb bersih jugak la tak dpt g pesta buku kt pwct. suami xnak masuk Kl...

    ReplyDelete