Ikan Kerisi Bakar Tomyam


 * Entry Auto Publish*

Sedap dan punya kelainan dari segi rasa !!!

Dah lama aim nak try resipi Ikan Bakar  Tomyam ni, tapi selalu tak de ikan yang sesuai. Rata-rata buat resipi ni guna ikan siakap tak pun ikan kembung dan ada juga buat guna sotong.

Saya pulak bantai guna ikan kerisi je. Udahnya hubby yang beli barang mentah , ikut suka hati dia la nak beli apa kan. Malas nak pesan-pesan beli itu beli ini nya. Lagipun selalu kalau ikan kerisi ni , saya goreng je, tetiba kali ni nak lari dari kebiasaan tu yang try resipi ikan bakar tomyam kat ikan kerisi ni.

Kalau korang pulak, suka masak cara bagaimana ikan kerisi ?

Kata hubby, Ikan Kerisi Bakar Tomyam ni sedap kalau buat lebih pedas sikit lagi. Pada saya dah cukup pedas dah, tak pa la lain kali buat kena tambah cili padi lebih sikit.

Biar lebih pedas lebih terangkat dan lebih memedihkan perut ...

Resipi Ikan Bakar Tom Yam

Pada yang berminat nak cuba boleh tengok bahan dan cara mebuatnya di bawah ni ya:



Siakap Bakar Tomyam
Resepi : Chef Hanieliza

Bahan A :
  • 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan) - guna kerisi je
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut 
  • 1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
  • 1 biji tomato (potong 6)
  • Aluminium foil

Bahan B : kisar
  • 2 tangkai cili merah
  • 5 biji cili api - nak pedas letak lebih
  • 3 batang serai
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit gula dan fish sos

Cara membuatnya :
  1. Gaulkan semua bahan yang dikisar bersama pes tomyam dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin.
  2. Letakkan ikan, tomato dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
  3. Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit atau sehingga masak.. Boleh juga di bakar di dlm oven.
  4. Perahkan limau semasa menghidang.
* Boleh juga tumis bahan-bahan kisar terlebih dahulu





4 comments:

  1. mcam sedap je..sy rsa ikn kerisi lg sedap dri siakap.rjinnyer awk..

    ReplyDelete
  2. Hi .. Awesome blog and nice entry ! . Done follow u !! I'll always support your blog ! :DD Chills :*

    http://secret-domokun.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Nyum...suke ns goreng tomyam.

    ReplyDelete
  4. Ikan kerisi masak lemak cili api pon sedap..tp goreng dulu ikannya...pastu potong timun serong2..masukkan..sedap!!!

    ReplyDelete