Kek Pisang Coklat Urai , memang sedap !


"Resipi Kek Pisang Yang sedap.. Memang berbaloi untuk dicuba"
Setelah lama  tak membaking, semalam buat Kek Pisang Coklat Urai ni sebagai pemanas badan sebelum start merajinkan diri semula. Huhuhu memang bila dah lama tak membaking sebarang jenis kuih , kek mahupun roti, nak dapatkan semula virus R tu memang ambil masa.

Kebetulan pulak awal minggu ni tak berapa sihat. Bila badan dah okey sikit dan mood nak membaking dah datang, kebetulan pulak ada orang kasi pisang, terus surf resipi kek pisang.

Lagi pulak , bebudak kat rumah ni kurang layan pisang mentah camtu je, so bila buat kek ni paling kurang luak cepat sikit pisang tu.

Resipi Kek Pisang Coklat Urai



Sebenarnya pilih nak try resipi Kek Pisang Coklat Urai ni sebab nak perabihkan baki coklat urai yang ada dalam stok tu. Bebudak ni pun suka la nak melayan makan kek pisang ni sebab ada coklat urai tu kan.



Pada saya resipi Kek Pisang ni memang best, pada yang nak try buat boleh tengok bahan-bahan dan cara nak buat Kek ni di bawah ya.

KEK PISANG COKLAT URAI
Sumber : CMG @ Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :

  • 150 gram mentega atau marjerin (kalau guna marjerin rasa lain sikit)
  • 200 gram tepung kek atau tepung naik sendiri*
  • 1/4 camca teh soda bicarbonat* (bahan bertanda * disatukan dan diayak)
  • 100 gram gula perang atau gula kastor
  • 3 biji telur
  • 100 ml susu segar
  • 100 gram pisang, dilecek halus
  • Beberapa titik esen pisang
  • 50 gram coklat urai (chocolate rice)
  • 1/3 cawan pisang yang didadu besar
  • 1/4 cawan cincangan kacang gajus secukupnya (tak letak sebab tiada dalam stok)


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin berukuran 8 inci x 3 inci x 3 inci dengan mentega, alas dadar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula perang hingga sebati, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan berkrim. 
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata.
  4. Masukkan pisang lecek dan esen pisang gaul dengan spatula. 
  5. Tambah coklat urai dan pisang yang telah didadu tadi, gaul hingga semua rata. 
  6. Tuang dalam tin tadi, ratakan dan tabur dengan cincangan kasar kacang gajus.
  7. Bakar selama 40 - 50 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan untuk minum petang....

6 comments:

  1. da letak pisang masuk esen pisang lagi..mesti wangi ni... Saya pun dilanda virus M skearang ni...malas sungguh nak start balik

    ReplyDelete
  2. sure ms bakar wangi kan.. lain kali bleh buat pakai resepi mat gebu plak sebelum ni pakai resepi ros jintanmanis hehehe

    ReplyDelete
  3. jeles jer tgk org buat kek menjadik jer... adeiiihh...

    eh, baru perasan header blog kakyong di sidebar... aishh, camno dlm dok tak sempat nak berblog, sempat juga berada dlm carta peramah.. hahah...

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah.... Gebussssnya kek tu... I likeeeee..

    ReplyDelete