Produk Minuman Pelansing Keluaran Sendayu Tinggi mengandungi sibutramine


Gambar Sekadar hiasan
"Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan hari ini merampas sebanyak 170,000 peket minuman pelangsing keluaran sebuah syarikat kosmetik terkenal ... dipercayai mempunyai racun berjadual yang diharamkan"

"... minuman pelangsing tersebut disahkan mempunyai sibutramine iaitu sejenis racun yang merbahaya dan telah diharamkan penggunaannya di seluruh dunia..."
Sumber : Utusan Online


Tengok berita semalam tak pasal hal ni?

Semalam saya dengar-dengar je dari dalam bilik, so memang tak tengok la gambar produk yang ditayangkan kat TV3 semalam. Tapi hubby ada sebut jenama produk tu. Sebab tiada kenyataan rasmi lagi tak perlu sebut la kan kat sini.

Cuma....



Hint yang diberi :  Produk minuman Pelangsing (jenis peket) mempunyai 2 perisa dari sebuah syarikat kosmetik terkenal yang  mempunyai kilang dan beribu pejabat di Jalan Tunku Abdul Rahman.  Produk minuman tersebut diimport dari luar dan hanya di repack semula kat negara ni.

Tapi rasanya korang mesti boleh agak kan produk dari syarikat mana?


Sendayu Tinggi Mohon Maaf isu minuman pelansing ada racun berjadual yg diharamkan



Update : Berkaitan isu diatas Pihak Sendayu Tinggi telah tampil memberi penerangan dan memohon maaf terhadap pengguna minuman pelangsing badan keluaran syarikat mereka.

Pengarah Urusan Sendayu Tinggi, Puan Rozita Ibrahim menyatakan bahawa syarikat mereka tidak terlibat didalam pembuatan produk minuman pelangsing badan tersebut. Menurut Puan rozita, Ia adalah kesilapan pembekal yang merupakan pakar pemakanan yang dilantik pihak Sendayu Tinggi.

Berikutan insiden penemuan bahan racun berbahaya didalam minuman pelangsing badan keluaran syarikat Sendayu Tinggi, Puan Rozita Ibrahim menyatakan bahawa penjualan produk minuman pelangsing badan tersebut akan  dibekukan sehingga siasatan Bahagian Penguatkuasaan Farmasi selesai dijalankan.

Disamping itu, Rozita Ibrahim memberi jaminan bahawa produk Sendayu Tinggi yang lainnya yang berada dipasaran selamat digunakan

Produk pelansing mengandungi racun berjadual yang diharamkan

Actually ni bukan kes pertama melibatkan produk pelangsing yang disahkan ada mengandungi racun berjadual yang diharamkan. Banyak dah kes seumpamanya kan. Tapi masih ramai juga dikalangan rakyat negara kita yang lebih suka memilih jalan singkat untuk kurus dengan mengambil produk pelangsing yang diiklankan sebagai boleh mendapat hasil dalam tempoh yang singkat (hanya 2 minggu selepas pengambilan.)

Tak kira la apa produk sekalipun sama ada produk pelansing,  produk kecantikan bahkan produk kesihatan sekalipun, jika sekiranya di war-warkan mampu memberi kesan / hasil dalam tempoh masa yang singkat, BERHATI -HATI!!!.

Kerana kemungkinan besar produk tersebut mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Seeloknya lihat kandungan yang digunakan , lihat ada tanda pengesahan original dari KKM atau tidak, perhatikan juga produk tersebut bukan produk tiruan.

Kalau rasa was-was jugak lagi, hantar sampel untuk dikaji hehe (^_^)



Nota Jejari : Tak suka produk yang boleh beri hasil yang cepat tapi dalam masa yang sama cepat juga beri kesan buruk :(

5 comments:

  1. erm...produk syarikat mana ni ye? saya ni tak berapa ingat produk2 Malaysia ni hehehe

    ReplyDelete
  2. ada dgr jugak kat berita mlm tadi, tapi masa tu sibuk kat dapur, tak tau lak brand apa ni...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgk news smalam..memang terpampang kat kotak tu nama syarikat terbabit..memang terkenal lah..pengasasnya dh berpurdah..

      Delete
  3. Tq sgt..
    Tp tkotnyer la kan...kekadang tu kaum hawa snggup wat ape saje demi kelihatan cantik.huh!

    ReplyDelete
  4. nasib baik saya x amalkan minum produk pelansingan macam ni..takut mudarat

    ReplyDelete