Romantik Pada Isteri itu Sunnah!


"Baginda Rasulullah SAAW kerap membawa Ummul Mukminin Aisyah RA makan bersama di luar sehinggakan suatu ketika Nabi SAAW pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka jika isterinya Aisyah RA tidak diundang bersama."
Mafhum hadis (Riwayat Muslim)
Soalan :Apa definasi romantik pada korang ?

Jika ditanya siapakah yang memiliki ciri-ciri seorang suami yang paling romantik,  Jawapan yang tepat ialah Rasulullah SAW.  Kehidupan alam perkahwinan Rasullullah SAW ternyata kaya dengan amalan-amalan dan suasana romantis dan mesra.

Romantiknya layanan Rasululullah kepada isterinya banyak digambar dalam bentuk perbuatan. Sepertimana yang dinyatakan dalam kebanyakan hadis-hadis dibawah:




  • Tidur dalam Satu selimut bersama isterinya:

    Dari Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a. biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangkit?” Jawab Aisyah, “kerana saya haid, wahai Rasulullah.” Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku.” Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau.”
    (Hadis Riwayat Sa’id bin Manshur)

  • Mandi bersama isteri

    Dari Aisyah r.a. beliau berkata, “Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut).”
    (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

  • Minum bergantian pada tempat yang sama

    Daripada Aisyah r.a., dia berkata: “Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya. ”
    (Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)

  • Membelai isteri

    “Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam ditempatnya. ”
    (Hadis Riwayat Ahmad)

  • Mencium Isteri

    Dari Aisyah r.a, “bahawa Rasulullah s.a.w. biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya.”
    (Hadis Riwayat Abdurrazaq)


    Dari Hafshah, puteri Umar r.a., “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa.”
    (Hadis Riwayat Ahmad).

  • Memanggil dengan panggilan mesra

    Rasulullah s.a.w. biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang di sukainya seperti Aisy dan Umairah (pipi merah delima).

  • Mendinginkan kemarahan isteri dengan mesra

    Nabi s.a.w. biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan. ”
    (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

  • Memberi hadiah

    Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, “Ketika Nabi s.a.w. menikah dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya, “Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.” Dia (Ummu Kaltsum) berkata, “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikannya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah.”
    (Hadis Riwayat Ahmad)




9 comments:

  1. kalau dah nikah buat apa pun dikira pahala;-)

    ReplyDelete
  2. suka sgt baca ni..sweet...
    betapa romantiknya rasul kita...

    ReplyDelete
  3. alah suka sgt baca..ni lah kebaikan berkawin..segalanya mendapat pahala..subhanallah..
    anyway sis , i'm ur new follower..nice blog :))

    ReplyDelete
  4. insyallah papa mifz akan jadi seromantik yg boleh...;)

    ReplyDelete
  5. rasulullah memang tiada tandingnya

    ReplyDelete
  6. rasanya dalam 100 adalah 1 yang seromantis itu.. suka sangat baca tentang Rasullulah s.a.w ^_^

    ReplyDelete
  7. Hehe..suke2.tq sis
    Lg2 bab memberi adiah,ehem~^_<~

    ReplyDelete