Sambungan Drama Vanilla Coklat ?


Satu-satunya drama yang saya ikuti sampai buat special entry kat blog ni. Bukan satu entry tapi rasanya lebih dari 10 entry kot. Tak suka nak mengakui sebagai peminat setia Drama Vanilla Coklat....

hahahha ... boleh camtu?

tapi rasanya memang dah terkena tempias fenomenan ZarAmir. Bukan saya sorang sahaja yang terkena tempias fenomena drama terbitan Asia Media Content ni, ramai lagi bukan?

Kalau tidak masakan 4.5 juta penonton yang mengikuti Vanilla Coklat Akhir (Episod 13). Satu fenomena bagi drama yang dibarisi oleh pelakon baru yang melakonkan watak utamanya.

Antara 13 Episod bagi  Drama Vanilla Coklat Episod 9 antara episod yang diminati dan akan diulang tengok oleh peminat Zaramir kan?

Bagaimana drama ni boleh jadi fenomena eik?

Rasanya antara faktor penyumbang yang menjadikan drama ini diminati oleh ramai orang ialah faktor pemilihan Lagu dalam Vanila Coklat tidak kira lagu tema dan lagu latar yang dipilih memang kena dengan jalan cerita dan babak. Selain tu babak romantis dan flow cerita dari perasaan benci menjadi cinta juga menjadikan drama ni diminati.

Korang pulak, apa yang menyebabkan korang minat drama ni? (soalan hanya untuk peminat drama ni saje eik, tau ada yang tak mengikuti langsung kan?)

Filem Vanilla Coklat

Ura-ura drama Vanilla Coklat akan difilemkan memang sudah tersebar sebelum Episod terakhir drama ni ke udara lagi. Bukan setakat filem, rata-rata yang mengikuti drama tersebut mahukan drama Vanilla Coklat disambung untuk musim yang kedua. 

Malah di FB Asia Media Content 09 sendiri, pihak produksi juga ada memberi beberapa hint berkaitan hal tersebut. 



Cuma pihak Asia Media Content masih berteka-teki sama ada Drama Vanilla Coklat hanya akan difilemkan atau memang akan ada kesinambungan dalam bentuk drama bersiri (musim kedua Vanilla Coklat ) atau di jadikan telemovie/drama.


Pada korang yang memang minat dengan Drama Lakonan Izara Aisya : Zara dan Aiman Hakim Ridza : Amir Vanilla Coklat ni, korang lebih prefer Filem , sambungan Drama bersiri atau telemovie?


Okey la, apa pun jawapan korang layan video kat bawah ni eik.....



2 comments:

  1. kecewa izara tak menang artis baru popular..

    ReplyDelete
  2. kalo bleh biarla drama.. jenuh plak nak kena pi pawagam bawak anak..dahla damia pun suka cite ni hehehe tak menang plak izara dlm anugerah tu ek

    ReplyDelete