Sinopsis Drama Friday I'm In Love TV9


"Drama bersiri terbaru di TV9 "Friday I'm In Love." bersiaran setiap khamis pukul 8.30 malam bermula 19hb April 2012. Bersiaran sebanyak 13 episod dan episod ke 13 (episod akhir) akan disiarkan selama 2 jam dalam format telefilem dan bakal bersiaran pada 18 Julai 2012."

Dalam entry "Drama Friday I'm In Love di TV9" pernah kongsi sedikit sinopsis untuk drama ni , barisan pelakon yang memegang watak utama dan gambar pelakon yang membintangi drama ni.

Kali ni nak kongsi sinopsis penuh plus OST untuk drama Friday I'm In Love ni pulak.

Selain Nellydia Senrose, dan Bella Dally, pelakon wanita lain yang menyerikan drama ini (sebagai kekasih sementara kepada watak awang lakonan Qushairi Razali @ Qi) ialah Fouziah Gous, Puteri Sarah Liyana, Izara Aishah, Nabila Huda dan Ayang Hussein.



Sinopsis Friday  I'm In Love


Friday I’m In Love mengisahkan tentang Awang (Qi Razali), seorang remaja yang juga merupakan seorang pembantu kepada sebuah kedai buku dan bersahabat baik dengan Ana (Bella Dally), Nisha (Nellydia Senrose), Pitt (Zoey Rahman), Jo (Aiman Mentor) dan Hansem (Ryzal Jaafar).

Awang menyambut hari jadinya yang ke-21 bersama mereka pada hari Jumaat di kedai kopitiam milik bapa Nisha. Sedang mereka sibuk berbual, Awang terlihat seorang gadis cantik iaitu Amy dan secara tiba-tiba juga Awang cuba sedaya-upaya untuk berkenalan dengan dia.

Tanpa disedari, mereka menjadi serasi dan Awang telah jatuh cinta kepada Amy dan kisah cinta mereka berterusan pada hari Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu... tetapi pada hari Khamis, Amy menamatkan percintaan mereka dengan mengakui bahawa dia telah pun berkahwin.

Awang berasa sangat kecewa, namun pada hari seterusnya, dia bangun dengan ingatan kabur tentang Amy dan bertemu pula dengan Bella, dan jatuh cinta sekali lagi.

Kisah percintaan hanya untuk tempoh seminggu berulang semula , di mana Awang akan jatuh cinta pada gadis yang berbeza setiap kali hari Jumaat. Sebelum menjelang Jumaat, dia akan berpisah dengan teman wanitanya.

Bagaimana kah kesudahan kisah percintaan Awang dan dapatkah Awang  menemui cinta sejati  bagi menamatkan "badi" tersebut?


OST Friday I'm In Love


Lagu untuk drama Friday I'm In Love nyanyian OAG...LATANZZZ!!!!!






1 comment:

  1. macam menarik jalan ceritanya :) nak tengoklah....hihi

    ReplyDelete