Suami dakwa isterinya seorang lelaki


Rujuk artikel dari Surat khabar Kosmo " Dekan Tersilap Kahwin Wanita Tiruan" (Gambar Keratan akhbar disebelah)

Camna boleh tersilap ya?

My hubby pernah cakap, even seorang lelaki tu tukar jantina dan penampilannya sudah sebijik wanita dengan wajah ayu, kulit halus lembut tapi sebagai lelaki diaorang masih boleh dapat membezakan mana satu wanita tulen dan mana bukan.

Secara mata kasar dan kalau dilihat sekali imbas mungkin susah nak beza. Tapi my hubby cakap even seorang lelaki tu berpenampilan dah macam wanita ada part2 tertentu yang dia tak boleh nak ubah. ya ke?

Korang pulak, boleh tak korang bezakan antara wanita tulen dengan yang  jadian?

Sekarang ni memang susah nak beza mana satu wanita tulen dan mana satu wanita tiruan atau wanita jadian kalau hanya lihat pada gambar sahaja.

Lagipun ada wanita yang dilahirkan dengan wajah yang nampak sedikit kasar seperti wajah lelaki, even rangka badannya juga sudah seperti rangka badan lelaki. Ada juga lelaki yang memang berwajah lembut seperti wanita, bila berpakaian dan berlagak seperti wanita susah nak dibezakan jika hanya melihat sekali imbas sahaja.

Saya pernah sentuh isu ni sedikit di entry "Cantik tak semestinya Perempuan : Andrej Pejic" dan entry "Bang, dia tu lelaki ke perempuan ?". Rasanya kalau search kat internet memang kita akan berjumpa dengan banyak kisah dan gambar, model yang nampak cantik dan memperagakan pakaian wanita rupanya mereka tu seorang lelaki.

Bila dah terjadi keraguan macam kes dekan tu, rasanya perlu dipertimbangkan untuk buat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk menentukan jantina bagi pasangan yang akan bernikah. Tapi bukan untuk semua la, hanya perlu dibuat bagi kes-kes terpencil seperti calon yang ingin dikahwini tu tiada kaum kerabat dan tiada orang lain yang betul2 kenal dengannya kalau rasa was-was baik buat ujian kan .

2 comments:

  1. ish..ish..ish...macam2 sekarang ni....

    ReplyDelete
  2. tp mmg susah nak beza..macam2 pembedahan diorang buat.. tambah tu buang ni..hmmm takut..

    ReplyDelete