Taugeh Urine? Betul atau sekadar sebaran kosong?


Sedikit info tentang taugeh : Taugeh dikatakan kaya dengan protein, vitamin  C dan  Folacin. Menurut satu kajian, satu cawan taugeh mengandungi sejumlah 26 kalori.

Siapa suka makan taugeh?

Saya suka makan tapi tak suka nak membelinya. hihii tah la setiap kali pergi pasar , nampak taugeh asyik berkira-kira je nak beli atau tidak, last-last beli sayur lain. Tapi kalau makan kat kedai, nampak ada taugeh goreng memang saya tak akan ambil sayur lain dah .

Taugeh disiram dengan Urine?


Tak sure jugak kesahihannya. Info ni pun dapat dari FB jadi peratusan kebenaran info ni boleh diragui. Rasanya korang pun pernah terbaca kot tentang hal ni. Pada yang belum baca boleh baca kat sini.

Sebenarnya bukan setakat isu taugeh ni je, pernah juga terbaca tentang isu ikan keli, isu tepung , isu roti dan banyak isu lain lagi. Sampai ke satu tahap, terfikir kalau dah susah sangat baik tanam, pelihara dan buat sendiri je semua benda. Kalau tak mampu buat sendiri kena cari petani atau pengusaha yang kita betul-betul kenal.

Tapi susah jugak kan.

Sebab tu kekadang tawakkal sahaja.



3 comments:

  1. macam macam urban myth yg timbul di internet...ada yg mmg betul2 jadi, ada yg sekadar propa sahaja

    ReplyDelete
  2. errkkk... tak tau lah betol ke tak.. zura pon baru tau pasal neh..:)

    ReplyDelete
  3. uuu...ye ke nih? *cuak2
    selalu makan wat ulam, aiseh

    ReplyDelete