Temui Ustaz Azhar Idrus di Pesta Buku 29 April ini


Pada 29 hb April 2012 bersamaan hari Ahad bermula pukul 10 pagi hingga 11 pagi, Ustaz Azhar Idrus akan berada di booth PTS bersempena Pesta Buku Antarabangsa 2012.

Sebenarnya bukan Ustaz Azhar Idrus sahaja yang akan hadir ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC nanti. Penulis lain yang turut akan memeriahkan booth PTS sempena Pesta Buku Antarabangsa 2012 nanti ialah :

  • Fatimah Syarha : 27 April , 2.30 PM - 3.00 PM
  • Lily Haslina : 1 Mei , 11.00 AM - 11.30 AM
  • Rose Harissa : 1 Mei ,  11.00 AM - 11.30 AM
  • Prof. Dr. Muhaya Mohamad : 4 Mei ,  11.45 AM - 12.45 PM
  • Dr. Tengku Asmadi :  4 Mei ,  11.45 AM - 12.45 PM
  • Amin Idris : 4 Mei ,  11.45 AM - 12.45 PM

Selain peluang berjumpa dengan mereka-mereka di atas, pelajar yang berbaju sekolah dan pelajar universiti yang membawa kad pelajar, berpeluang mendapat diskaun sebanyak  25%.

Selain itu, Kepada Fan Facebook PTS  yang  hadir ke booth PTS di Pesta Buku Antarabangsa 2012 dengan memakai baju berwarna biru dan  pada 30hb April dan 3hb Mei akan berpeluang mendapat diskaun tambahan sebanyak 2.5%.

Untuk Maklumat Lanjut boleh ke web PTS.com.my




2 comments:

  1. wah....serbuuu......

    suka ustaz azhar

    ReplyDelete
  2. Wow..kena pinjam matric card adik ni...leh dpt disc 25%..yuhoo",

    ReplyDelete