Ustaz Azhar Idrus tiada Twitter (As at April 2012)


Twitter ini bukan milik Ustaz Azhar Idrus
Bukan Twitter Ustaz Azhar
Fenomena Ustaz Azhar Idrus nampaknya semakin tersebar. Sampaikan ada yang menambah pada senarai pemenang Anugerah Bintang Popular kategori Ustaz paling Popular yang pastinya pemenang yang dipilih tidak lain tidak bukan ialah Ustaz Azhar Idrus.

Carian keywords yang berkaitan dengan Ustaz juga sehingga ke hari ini masih tinggi. Sampai ke satu tahap ada yang mengambil kesempatan dengan mewujudkan twitter akaun menggunakan nama Ustaz Azhar Idrus.

Melalui web Ustazazhar.net , admin web tersebut telah membuat penafian (bagi pihak Ustaz Azhar Idrus) bahawa senarai akaun-akaun twitter yang dinyatakan dibawah bukanlah dimiliki/diurus takbir oleh Ustaz Azhar Idrus(UAI) atau pun wakil-wakil UAI.

Akaun-akaun tersebut ialah;

  • @UstazAzharIdrus 
  • @kataustazazhar 
  • @_azharidrus 
  • @ustazharidrus

Untuk makluman anda juga setakat hari ini (10hb April 2012) Ustaz Azhar tiada akaun twitter. Walaubagaimanapun, untuk id @ustazazhar, ianya telah direservekan untuk UAI. Diulang  RESERVE, RESERVE okey means belum aktif lagi la kan?

Sekirannya anda terjumpa dengan twitter yang menggunakan nama Uztaz azhar Idrus atau yang seumpama dengannya (seperti dalam gambar di atas), kemungkinan niat mereka hanyalah ingin menyebarkan note ringkas intipati dari  Kuliah UAI atau Soal Jawab Di Page UAI @ Ustaz Azhar Idrus ( Original ) sahaja.

Nota Jejari : Harapnya begitu la kan, jangan sampai ada yang ambil kesempatan atas niat yang tidak baik sudah la. 

3 comments:

  1. org dah popular..sapa pakai nama dia msti popular jgk kan?hiihii..

    ReplyDelete
  2. Twitter + FB sama je .
    dpt jugak buat fake acc..
    dpt jugak tipu org..
    ngeee..

    ReplyDelete