Ais Krim Goreng Perisa Vanilla Khas tuk yang tersayang


First time buat ais krim goreng pada Jun 2010 dulu (Rujuk Entry "First time buat karipap ni") . Kiranya selepas hampir 2 tahun baru buat pulak. Buat pun atas permintaan hubby.

Kali ni tak guna acuan karipap , just buat simple 4 segi panjang je. Mudah sikit!

Kali ni buat 6 ketul, nasib baik anak-anak tak minat nak makan, kalau tidak buat kempunan je, dapat rasa sikit sorang. Even 6 ketul dimakan berdua pun dah terasa tak cukup.

SEDAP!!!

Sampai rasa tak puas makan. Tak caya ce korang cuba buat!

Resipi Ais Krim Goreng


Ais Krim Goreng ni tak susah mana pun nak membuatnya, bahan yang diperlukan:

  • Roti putih (Gardenia ke high 5 ke, ikut suka)
  • Ais Krim (Perisa ikut kesukaan masing-masing)
  • Sedikit air

Cara Mambuatnya (my style):
  1. Potong bahagian tepi roti
  2. Letak ais krim di bahagian tengah roti (jgn letak byk sangat, nanti tak boleh nak tutup)
  3. Sapu sedikit air di sekeliling tepi roti
  4. Lipat 2 roti yang dah diletak dengan ais krim tadi
  5. Tekan tepi roti dengan menggunakan garfu sehingga melekat kedua-dua bahagian tepi roti
  6. Letak dalam bekas berpenutup
  7. Simpan dalam peti semalaman
  8. Keesokannya, goreng roti dalam minyak panas, tapi jgn lama-lama sangat takut nanti cair pulak ais krim kat dalam tu.
  9. Sedia untuk di nikmati (^_-)

Ais Krim Goreng
Kali ni kurang sikit cair ais krim tu


8 comments:

  1. Sedapnya, nak try la..
    Kalau letak tepung jagung kat tepi tu pun boleh kan kak? :)

    ReplyDelete
  2. waduh2.. cair imanku posa2 ni heeheheh nak try gak la

    ReplyDelete
  3. seumur hidup saya, pernah makan aiskrim goreng ni sekali aja kot...:)

    ReplyDelete
  4. wah! nampak sedap, tak pernah cuba ni...

    ReplyDelete
  5. teringin nak buat aiskrim goreng

    ReplyDelete
  6. nak tanya.. yg kena letak dlm peti ais tuh letak bahagian atas eh???
    pastu masa nak goreng tuh.. kena tunggu lembut dulu or keluar peti ais terus goreng..
    maaf sy nih tak kreatif sgt bab masak2 nih.. kena tanya betol2 dulu br leh try..kehkehkeh..:)

    ReplyDelete
  7. wow...mesti la sedap ni...bagi la sy satu..kih kih kih

    ReplyDelete
  8. sedapnya! lama tak makan. tak pernah buat sendiri pun. kat malaysia dulu beli je :D

    ReplyDelete