Baked Pasta : Nasib baik anak-anak layan


Pra percubaan sebelum try buat lasagna. Hihih ada persamaan ke buat lasagna dengan buat Baked Pasta (Pasta Bakar) ni ?

Tak pun kan. Cumanya lasagna ni tergolong dalam ketegori pasta juga. So sebelum pi beli kepingan lasagna tu, kena demo buat pasta bakar ni dulu. Kira test market la, kalau anak-anak makan boleh la pertimbangkan buat lasagna pulak.

Tapi setakat ni macam tak berjumpa lagi kat pasaraya yang selalu kitaorang terjah tu. Hmmm mungkin tak perhati betul-betul kot.

Even tuk Baked pasta ni pun tiada taburan keju parut kat atas tu. Sebabnya sama dengan sebab di atas. Tak berjumpa. Mungkin sudah kehabisan stok, time tak tak nak beli ada bila nak beli tak de pulak. Baru ni pergi Temerloh Mall, malas pulak nak tengok kat bahagian makanan, kitaorang setakat jalan-jalan kat bahagian baju dan alat tulis je. Nasib la kan, even projek nak buat pizza pun tertangguh (-_-)

Resipi Baked Pasta (Pasta Bakar) 


Resipi saya ikut cara Dayangjack @ DapurKu Sayang. Pada yang nak try boleh check bahan-bahan dan cara membuatnya dibawah ni ya:


Baked Pasta
Sumber : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan ( Anggaran untuk 4-5 orang makan )
  • 2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)
  • 150 g minced beef/chicken
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar mentega
Sos Putih :
  • 2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit lada sulah
  • 2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
  • sedikit garam dan gula
lain-lain : keju parut dan oreganoCara-cara :


Cara Membuatnya :
  1. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. 
  2. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering. 
  3. Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
  4. Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
  5. Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. 
  6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
  7. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
  8. Taburkan keju parut dan oregano.
  9. Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya

5 comments:

  1. nampk cam sedap je kak walau akak kata tak ckup bahan..

    ReplyDelete
  2. sedap je nampaknya.... skrg ni anak munna suka sgt makan pasta ..lagi2 Yasmin

    ReplyDelete
  3. jangan kata anak-anak..akak pun layan...

    ReplyDelete
  4. erm..nampak sedap, tapi saya tak pernah lagi bakar :) boleh cuba lah lepas ni hehe

    ReplyDelete