Doa & amalan ketika memasak


Memasak?

Ada ke yang tak suka memasak? Rasanya ada kan, saya pun ada masa-masa tertentu terasa malas nak memasak, terutama bila terputus bekalan air, bila anak dan suami tak nak makan (setakat untuk makan diri sendiri je lagi rela buat air makan biskut dari memasak) , pergi outing bila balik semula ke rumah dengan badan letihnya lagi sanggup on the way sebelum balik tu singgah mana-mana beli makanan terus.

Tapi kan

Hakikatnyakan , even kita masak makanan yang simple tapi dengan penuh keikhlasan , niat masak untuk suami dan anak-anak serta memulakan dengan Bismillah , dah banyak pahala yang boleh kita kumpul kan?

Apatah lagi kalau sewaktu kita memasak tu kita tambah dengan amalan berselawat, zikir dan baca doa-doa tertentu, bukan setakat pahala je, malah akan ada ganjaran lain yang Allah berikan pada kita. Mungkin bila anak-anak dan suami kita makan makanan dari hasil air tangan kita, hubungan kekeluargaan tu akan lebih kukuh, anak dan suami lebih menghargai kita dan lain-lainnya.


Antara doa dan amalan yang boleh kita praktikkan sewaktu menyediakan makanan ialah:



Doa Masuk Dapur 
رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]


Doa Waktu Sukat Beras (Baca 3 kali)
الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا  مِنْ جُوعٍ

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.



Doa Buka Periuk (Baca 3 kali)
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ

Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)



Zikir Waktu Masak (Baca 3 kali)
لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ

Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]
(Kacau ikut lawan jam)
anamarzablog.com

Doa Potong Sayur & Buah(Baca 3 kali)
فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ

Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]



Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur (Baca 3 kali)
فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]


Doa Simpan Beras (Baca 3 kali)
وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ

Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]


Doa Untuk Sedapkan Makanan(Baca 3 kali)
Selawat Nabi 3x (ALLAH HUMMASYALLI AALA SYAIYIDINA MUHAMMAD)
Istighfar 3x (ASTAGFIRULLAH HAL AZIMMM) 




10 comments:

  1. tak sangka mamasak pun perlu doa...
    sekarang dah tahu...tq for info

    ReplyDelete
  2. Dalam islam segalanya dah diberi panduan..tinggal kita nak mengamalkannya je kan..

    ReplyDelete
  3. insyaAllah..akan diamalkan..
    terima kasih kak sebab share ^_^

    ReplyDelete
  4. thanks for the info!!! boleh laa print pic doa tu... then lekat kat dinding dapur!!! ;-)

    ReplyDelete
  5. wah teruja tgok doa2 ni.. kak ana, sy ambil doa2 ni utk print bleh ye?

    ReplyDelete
  6. Ya Allah.. Banyak rupernye doa2 ketika memasak..
    thanks for sharing yer..:)

    ReplyDelete
  7. selalu amalkn doa yg 1st skali tu..:)

    ReplyDelete
  8. erma althafunnisaJune 5, 2012 at 5:42 PM

    Waaahhh dah lama cari.. Terima kasih.. Semoga Allah memberkati anda atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  9. terima kasih kerana menguploadkan doa-doa ini. dah lama cari. saya tumpang share kat blog saya. terima kasih sekali. insyallah akan di amalkan..

    ReplyDelete