Golden Chiffon Cake yg hampir tak menjadi..


Golden Chiffon Cake
Golden Chiffon cake
Hampir-hampir batalkan hasrat nak membaking "Golden Chiffon Cake" ni, gara-gara ada masalah dengan telur.

Tak sangka pulak telur ke-6 yg di pecah dah tak elok. Geram sungguh sebab memang dah keluarkan awal-awal cukup-cukup 6 biji telur dari peti ais. Bila satu dari 6 biji tu tak elok terpaksa la guna telur lain.

Risau juga kek tak menjadi sebab guna telur sejuk , baru keluar dari peti. Nak tunggu telur tu hilang sejuk tak boleh juga sebab bahan lain dah di putar dan dicampur. Tambah pulak sebab nak buat meringue lagi la bertambah kurang yakin meringue akan jadi elok. Tawakkal je la.

Moral of the story, lain kali kena keluarkan telur lebih dari yang diperlukan (-_-).

Resipi Golden Chiffon Cake

Alhamdulillah, tak bantat pun kek ni. Hasilnya seperti yang boleh dilihat dalam gambar di atas dan di bawah ni la. Even nama kek ni kek chiffon tapi ada berbeza sedikit dari kek chiffon yang biasa,  nak tahu apa perbezaan nya tu kena cuba sendiri.


Even cara membuatnya pun sedikit berbeza. Pada yang nak try boleh check bahan-bahan dan cara membuat kek Golden Chiffon ni di bawah:

GOLDEN CHIFFON
Rujukan : The Joy Of Baking
Olahan : ucubakery.blogspot.com

Bahan-bahan : anamarzablog.com

Bahan A
55 gm butter
55 gm tepung kek
60 gm susu segar
5 biji kuning telor (A)
1 biji telor
1/2 st esen vanila


Bahan B
5 putih telor (A)
110 gm gula
1/2 st cream of tar tar


Cara membuatnya
  1. Cairkan butter dalam periuk, padamkan api dan masukkan tepung kek sedikit sedikit -kacau
  2. Biarkan sejuk
  3. Masukkan sedikit demi sedikit - 1 biji telor, telor kuning, susu segar, esen vanilla - teruskan gaul dengan senduk.
  4. Putar bahan B sehingga kembang
  5. Masukkan bahan A kepada Bahan B - kaup balik menggunakan senduk
  6. Masukkan kedalam loyang tanpa diglis
  7. Bakar pada suhu 175-180C selama 40 minit atau sehingga masak.

5 comments:

  1. wah boleh try ni...cantik je kek..jadi la tu..jom jln2 blog kite http://lacomidadelicioso.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Sedappppppnyer..
    Nampak lembut dan gebusss :)

    ReplyDelete
  3. bila laa nak beli oven dan mula membaking jugak ni :)

    ReplyDelete
  4. menggiurkan.. nak beli oven cam eliss mie jugak.. kekeke

    ReplyDelete
  5. semalam saya buat ikut resepi lain tapi x menjadi mungkin sebab putih telur tak kembang

    ReplyDelete