Hokkaido Chiffon Cupcakes Buat Cikgu Pra


Pemberian sempena hari guru untuk Cikgu Pra Sekolah kakak. Buatkan Hokkaido Chiffon Cupcakes je.

Kakak beri sendiri kat cikgu dia, tapi bukan beri waktu kat sekolah. Sebab cikgu tu duduk sebelah rumah ni je, so beri sebelum pergi sekolah. Dah tu Kakak malu-malu pulak nk ketuk pintu umah cikgu dia.

Tersipu-sipu duk kat luar rumah. Masa time hulur bekas berisi cupcakes tu,  tak berapa nak keluar suara Kakak ucap "selamat hari guru". Aish la anak dara mama ni pemalu sangat!

Resipi Hokkaido Chiffon Cupcakes


Tuk resipi boleh rujuk kat entry " Hokkaido Chiffon Cupcakes with Custard Filling ", Tapi kali ni saya guna resipi custard filling yang lain pulak. Resipi boleh tengok kat bawah :


Resipi CREAM CUSTARD

by : Honey@ myresipi

1 sudu besar tepung 
1 sudu besar tepung jagung 
4 sudu besar gula 
200ml (1 cup) susu segar 
1 biji telur (L size) 
1 sudu besar mentega 
1 sudu teh esen vanila - ita tambah

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 

Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.


6 comments:

  1. malu yup safiyya...
    sekarang dah jadi trend bagi cupcake kat guru...
    sedapnya...

    ReplyDelete
  2. Sedap tu.. Anak pun seronok kan.. Semlm hanim pun bg cupcake utk cikgu dia..

    ReplyDelete
  3. kakk...sedapnyaa...i love anything custard!! huhu..

    ReplyDelete
  4. sedapnya tengok. bila ntah nk belajar buat cupcakes jugak ni

    ReplyDelete
  5. bestnye..semua buat sendirik.. kagum lah~

    ReplyDelete
  6. sedapnya....!!!! minta sikit boleh?

    ReplyDelete