Kelebihan bulan Rejab Vs Hadis Palsu (Mawdhu') & Hadis Dhoif


Sebelum masuk bulan Rejab lagi dah ramai yang share kelebihan berpuasa dalam Bulan Rejab ni. Mulanya tak nak sentuh bab ni sebab ilmu didada tak banyak sekadar tahu sikit-sikit pasal isu adanya Hadis yang lemah (Dhoif) dan Hadis Palsu (Mawdhu') berkait dengan kelebihan puasa di bulan rejab.

Tak de salahnya nak berpuasa sunat dalam bulan Rejab, ikut kemampuan individu tersebut sama ada nak puasa sunat isnin dan khamis sepanjang bulan ni terus sambung berpuasa dalam bulan sya'aban sekalipun. Cuma berhati-hati dengan sesetengah hadis berkaitan kelebihan puasa di bulan rejab sebab ada sesetengah hadis tu hadis palsu. Seeloknya niat kita berpuasa semata-mata kerana Allah Taala bukan kerana nak kejar ganjaran yang dinyatakan dalam sesuatu hadis yang mana kita sendri tak pasti kedudukan hadis tersebut sama ada hadis sohih atau hadis mawdhu' .

Kat bawah ni saya kongsikan status dari Facebook Bahagian Dakwah, JAKIM berkaitan isu ni :



" Berhati2 dan berwaspada dengan hadis2 berkenaan kelebihan2 bulan Rejab.... Jika hadis tersebut hanyalah hadis dhoif, dibenarkan utk digunakan di dalam bab Fadhail (Kelebihan2)... Tetapi jika hadis tersebut mawdhu'(palsu)... wajib ditinggalkan....

Boleh dirujuk mengenai hadis2 berkaitan bulan Rejab di dalam buku Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu Jilid 1 & Jilid 2.. Karangan Drs Abdul Ghani Azmi Bin Hj Idris
"

  • Bahawasanya bulan Rejab itu adalah bulan yang agung yang diberikan gandaan kebajikan-kebajikan padanya. Siapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka seakan-akan dia berpuasa setahun. Siapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab ditutup padanya tujuh buah pintu neraka jahanam. Siapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab nescaya dibuka padanya lapan buah pintu syurga.
  • Barang siapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab itu maka dia tidak meminta sesuatu pada Allah melainkan diberikan padanya. Siapa berpuasa bulan Rejab itu selama lima belas hari nescaya berseru suara daripada langit, sesungguhnya engkau telah pun memperoleh keampunan atas dosa yang telah lalu, maka memulakan amal kamu. Pada bulan Rejab Allah membawa Nuh dalam bahtera. Nuh berpuasa dan menyuruh orang-orang yang bersama-sama beliau dalam kapal supaya berpuasa kerana bersyukur kepada Allah. Bahtera belayar selama enam bulan lalu berlabuh atas bukit al-Judi pada hari ‘Ashura’ . Pada bulan Rejab itu Allah menerima taubat Adam dan juga taubat penduduk bandar Yunus. Padanya lautan terbelah untuk Musa dan padanya diperanakkan Ibrahim dan Isa . (Idris: 523)
  • Siapa menghayati satu malam dari bulan Rejab itu dan berpuasa sehari nescaya Allah memberi dia makan daripada buah-buahan syurga, memakaikan dia dengan pakaian-pakaian dari syurga serta memberi dia minum dari arak yang terpilih yang dilak tempatnya, kecuali orang yang melaksanakan tiga perkara, orang yang membunuh jiwa, atau dia mendengar orang yang meminta tolong pada waktu malam ataupun siang hari akan tetapi dia tidak menolong orang tersebut atau orang yang saudara dia mengadukan sesuatu kehendak padanya tetapi dia tidak melapangkan kehendak itu. (Idris: 524)
  • Rasulullah telah berkhutbah kepada kami sekali Jumaat sebelum Rejab, dan beliau bersabda, wahai manusia, sesungguhnya kamu telah diberikan perlindungan oleh satu bulan yang agung, bulan Allah yang pekak, padanya diberikan gandaan kebajikan, padanya terkabul permohonan-permohonan dan padanya hilang segala kesusahan, dan juga tidak ditolak satu pun permohonan orang mukmin. Maka siapa yang berbuat kebajikan pada bulan tersebut akan diberikan gandaan padanya beberapa kali ganda dan Allah akan menggandakan pahala kepada sesiapa yang Dia menginginkan.

    Oleh itu, hendak kamu mendirikan solat pada malam dan berpuasa pada siang. Maka siapa yang bersolat pada satu hari dari bulan Rejab lima puluh rakaat, dia membaca pada tiap-tiap rakaat apa yang mudah untuk dia dari al-Quran maka Allah mengurniakan dia kebajikan-kebajikan sebanyak bilangan genap dan bilangan ganjil, dan sebanyak bilangan rambut dan bulu. Siapa berpuasa sehari maka Allah akan menulis buat dia dengan puasa itu sebanyak pahala puasa setahun. Siapa yang menjaga lidah pada bulan Rejab pasti Allah mengajarkan hujah semasa pertanyaan Munkar dan Nakir. Sesiapa bersedekah dengan satu sedekah padanya maka itu menjadi pembebasan dia dari neraka. Sesiapa menghubungkan perhubungan pada bulan Rejab pasti Allah menghubungkan dia di dunia dan akhirat dan membantu dia ke atas musuh-musuh semasa dia hidup. Sesiapa melawat seseorang yang sakit pada bulan Rejab maka Allah akan memerintahkan pada malaikat Kiram supaya menziarahi dia dan memberi salam padanya. Siapa yang bersolat ke atas satu jenazah pada bulan Rejab seakan-akan dia menghidupkan seorang kanak-kanak perempuan yang ditanamkan hidup-hidup.

    Siapa memberi makan seorang mukmin dengan satu makanan pada bulan Rejab Allah meletakkan dia pada hari kiamat atas satu hidangan bersama Ibrahim dan Muhammad. Siapa memberikan satu minuman air pada bulan Rejab maka Allah memberi dia minum dari arak yang terpilih dan yang dilak tempatnya. Sesiapa memberikan satu pakaian kepada seorang mukmin maka Allah memakaikan dia dengan seribu pakaian dari pakaian-pakaian syurga. Siapa memuliakan seorang anak yatim dan mengangkat tangan atas kepala (mengusap rambutnya) maka Allah memberi dia keampunan sebanyak bilangan rambut yang disentuh oleh tangan dia. Sesiapa beristighfar kepada Allah sekali pada bulan Rejab nescaya Allah memberikan keampunan. Siapa melakukan tasbih sekali padanya ataupun dia bertahlil sekali tahlil nescaya dia dicatat di sisi Allah dari golongan orang lelaki dan perempuan yang banyak mengingati Allah. Sesiapa yang mengkhatamkan sekali khatam al-Quran pada bulan Rejab, dia dan bapa dia masing-masing akan dipakaikan dengan sebuah mahkota yang bertatahkan mutiara dan al-marjan dan dia terselamat dari kejutan hari kiamat. (Idris: 536)

Semua hadis di atas adalah hadis palsu mengenai bulan Rejab yang dinyatakan oleh para ulama hadis. Jikalau dilihat pada hadis tersebut akan kelihatan betapa banyak maklumat yang bertentangan dengan fikiran manusia yang waras di mana ganjaran yang ditawarkan sangat berlebihan berbanding dengan amalan yang dibuat. Adapun perkara sedemikian adalah tidak munasabah dan tidak mudah diterima oleh akal yang sihat. Sesungguhnya Islam mengharamkan merujuk kepada hadis palsu dalam apa jua bentuk ibadat kerana ia hanya mencemarkan kesucian Islam. Allah yang Maha Mengetahui. Dengan harapan penulisan ini bisa memberikan manfaat.

Wallahu a’lam.

Sumber: Idris, Abdul Ghani Azmi, Himpunan Hadis Dha’if Dan Maudhu’, jilid 1, (Kuala Lumpur, al-Hidayah: 2006)

6 comments:

  1. info yang sgt baik.. sebelom nih tak tahu sgt pasal hadis palsu.. thanks..:)

    ReplyDelete
  2. banyak jugak terbaca pasal hadis palsu ni..pendapat saya..hati hatilah kalau nak sebarkan sesuatu tu..sungguhpun niatnya baik tapi kalau apa yang disampaikan tu salah..tak pasal pasal berdosa..lepas tu..berkenaan amalan sunat ni..jgn lah difikirkan sangat apa ganjaran yang kita dapat..belum buat dah dok bayang ganjaran..baik jugak kalau tau just utk bagi semangat beramal..tapi kita semua tahu besarnya ganjaran beramal dalam bulan rejab..so cukuplah kot..just my two cents..hehe

    ReplyDelete
  3. bole sharing info nih....
    tak sangka ada juga hal-hal sebegitu...

    ReplyDelete
  4. Allahu Akbar!
    cara gini pun ada ekk? bleh terpesong akidah...

    ReplyDelete
  5. penah dapat edaran mengenai puasa di bulan rejab tak tau plak hadis palsu.. biasanya sy puasa ganti di bulan rejab dan syaaban sebab biasa la last minit sebelum ramadhan hihihi

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yg sgt berguna. Ramai ustaz2 pun dah pesan selidik dulu sebelum shareapa2 di fb dan blog. :)

    ReplyDelete