LOGO HALAL ANTARABANGSA yang di iktiraf oleh JAKIM


Abu Abdillah al-Nu’man bin Basyir radhiyallaahu ‘anhu berkata, “Saya mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, ‘HALAL itu jelas dan HARAM itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang berhati-hati dengan hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila seketul daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah HATI’” 
[Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim] 

Rasanya ramai antara kita yang pentingkan status halal satu-satu peroduk makanan, kan?



Tapi kadang-kadang logo halal yang tercetak di pembungkus makanan itu pelbagai. Bila dah banyak sangat kita jadi keliru , mana satu yang boleh di percayai dan mana satu yang tidak diiktiraf oleh Jakim.

Secara umumnya gambarajah logo halal antarabangsa di bawah boleh dijadikan panduan untuk kita, cuma ianya kurang jelas sikit. Kalau nak senarai yang lebih detail berkaitan logo halal mengikut negara beserta person in charge boleh ke laman web JAKIM di sini


Semoga info yang sedikit ini boleh dijadikan panduan untuk kita.

4 comments:

  1. hurm..tula..byk sgt emel dpt ckp tu x halal..ni x halal..tp ada logo halal jakim...

    ReplyDelete
  2. betul la kartun tu...kalo bab lain sume buleh je tp bab makan kenmain sensitif je plak..huhu

    ReplyDelete
  3. carilah yang halal untuk keluarga yang berkat.. bukan bab makan je tapi sumber2nya sekali ^_^

    ReplyDelete