MasterChef Selebriti Malaysia bermula 26 Mei 2012



Peserta MasterChef Selebriti Malaysia
Barisan artis yang menyertai MasterChef Selebriti Malaysia 

"Program MasterChef Selebriti Malaysia akan mula bersiaran di Astro Ria (saluran 104) mulai 26 Mei 2012 ini."
Untuk program MasterChef Selebriti Malaysia , seramai 16 selebriti berentap untuk menjadi juara. Program MasterChef Selebriti Malaysia ini  lebih bercirikan hiburan amal iaitu selebriti terlibat berentap untuk menyumbang wang yang mereka menangi kepada badan-badan amal.

Antara selebriti tanah air yang bakal terlibat dengan program tersebut termasuklah Serina Redzuawan, Siti Sarah, Jehan Miskin, Tomok, Karl Shafek, Datuk Fazley Yaakob, Farouk Hussein, Major. Dr. Faiz, Angah Raja Lawak, Raja Azmi, Soo Wincci, Juliza Adzlizan, Thanuja, Salamiah Hassan, Azwan Ali dan Louisa Chong.


3 orang juri yang dipilih terdiri dari 2 juri dari program MasterChef Malaysia yang lalu iaitu Chef Jo dan Chef Zubir , manakala seorang lagi merupakan juri baru iaitu  Chef Adu Amran. Konsep untuk Program MasterChef Selebriti Malaysia ini masih mengekalkan konsep yang sama seperti MasterChef Malaysia sebelum ini.

Untuk makluman rancangan MasterChef Selebriti Malaysia ini telah pun memulakan penggambaran bermula 27 Mac 2012 lagi.

Program ini juga bakal ke udara selama empat kali seminggu selama 28 episod.

Gambar Peserta MasterChef selebriti Malaysia


Note: Gambar di bawah di ambil dari FB MasterChef Malaysia. 

Peserta MasterChef Selebriti Malaysia


1 comment: