Menu Ayam Panggang lada hitam


Sebelum ni pernah buat ayam bakar mayonis (rujuk entry "Ayam Bakar Mayonis : Mood berblog ke laut". Kali ni try buat resipi lain pulak.

Menu Ayam Panggang Lada Hitam ni pun resipi ayam bakar yang simple. Tak de guna banyak bahan sangat. Memang mudah , tak cerewet nak membuatnya (^_^) p/s:Untuk resepi boleh tengok dibawah

Rasanya ramai yang suka makan ayam kan?

Pada yang suka makan ayam jom baca sedikit info berkaitan ayam dibawah ni. Tapi sebelum tu ada satu soalan cepumas untuk korang,



Soalannya: "Cara masak ayam yang macam mana, paling korang suka?" Ce kongsi sikit !



Resepi Ayam Panggang lada hitam / Ayam Panggang simple
Sumber : Potret Kasih

Bahan-bahan:
1 ekor ayam ( potong 2 atau tidak dipotong )
6 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
2 sudu besar minyak masak
4-6 sudu besar sos tiram ( ikut saiz ayam )
1 sudu besar sos cili

Cara penyediaan

1. Goreng bawang putih bersama minyak masak tadi hingga kekuningan. Bila dah kekuningan tutup api.
2. Tumbuk lada hitam hingga hancur kemudian masukkan halia dan tumbuk halia pula hingga lumat.
3. Didalam lesung yang sama masukkan bawang putih yang telah digoreng bersama minyaknya. Kemudian lenyek perlahan2 bawang putih tadi hingga hancur.
4. Masukkan pula sos tiram dan sos cili. kacau perlahan.
5. Lumurkan minyak bumbu tadi pada ayam yang telah di bersihkan. Perap ayam dahulu paling kurang 1 jam.
6. Bakar dalam oven… suhu 200 darjah celcius selama 1 jam .

5 comments:

  1. Rajinnya ana memasak...saya da lama tak membaking bagai..tersadai jap oven sejak balik dari utara..

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap nanti bolehla terai.. alamak lepas ni kena pilih ayam yg kurus kurus la hehehe.. sebab tu ayam kg lebih bagus dan tinggi kahsiatnya kan...

    ReplyDelete
  3. wah....sedap ni resepi ni :) kena masukkan dalam buku resepi dulu, ada masa boleh cuba hehe

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete