Misi 1 Hari 1 Resipi


Hubby : " Berapa harga buku ni, tebal camni mesti mahal kan?"

Isteri : "RM39+ , nape?"

Hubby : "Pasni boleh la masak resipi yang berbeza setiap hari, 1 resipi 1 hari, tak de la ulang masak benda yang sama je"

Isteri : " Kalau abang nak makan daging kambing, makan tauhu boleh je, "

Hubby : " Oooo (sambil buat muka tgh berfikir)..."

Isteri : " kalau ayang masak lain dari biasa abang nak makan ke?"

Hubby : " makan je tapi... ayang tahu kan lauk apa yang abang makan paling berselera"

Isteri : " tahu..."

Hubby : " ayang masak ayam goreng kicap laju je abang makan kan, tak yah masak cara lain dah, buat ayam masak kicap sokmo sokmo pun tak kisah hihihi"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tung tang tung tang duk kat dapur masak lauk yang memerlukan masa yang lama dan bahan yang pelbagai tapi suami makan ala kadar je, tapi bila setakat tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, lada, kunyit dan garam tumis sekejap masuk ayam yang dah dipotong kecik-kecik, biar ayam masak sekejap letak bawang besar letak kicap, biar sekejap, dah siap. Masak yang simple camtu berselera pulak suami makan. 

So Kat mana letaknya keperluan membeli buku resipi ni eik, ?

Sebenarnya beli ni sekadar nak dijadikan panduan je, ada masa kena juga masak resipi lain dari kebiasaan supaya masakan yang simple dan biasa kita masak tu akan terkenang-kenang. Sesuatu yang sedap ditekak tak boleh la kerap diulang nanti boleh jadi muak pulakkan. sesekali kena ubah selera dengan cuba pelbagai resipi baru. Mana tahu ada yang kena dengan selera boleh masuk list lauk kesukaan pulakkan.

Buku 1 Hari 1 Resipi 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza

Sedikit info berkaitan buku ini:

Buku 1 Hari 1 Resipi 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza adalah keluaran khas yang menampilkan 365 resipi hasil kreativiti CHef Hanieliza yang boleh dicuba setiap hari. Antara resipi istimewa yang terkandung di dalam buku ini ialah aneka masakan berasaskan ayam, daging, kambing, kerabu dan salad, makanan barat, makanan laut, mihun dan mi, nasi, sambal dan sos, sayur, tauhu dan telur, puding dan desert, ikan, kuih kukus serta kuih muih minum petang.

15 comments:

  1. eliss suka buat ayam msk merah dan goreng udang. tu yg paling laku :p

    ReplyDelete
  2. aida memang pembeli setia buku resepi k liza :)
    buat refer resepi, sure jadi hi hi...

    ReplyDelete
  3. rajin ambil dari suratkhabar tapi nak buat entah bila-bila...

    ReplyDelete
  4. boleh lah try cari nanti kalau g kedai buku..lama dah tak membeli buku resepi ni..

    ReplyDelete
  5. saya mmg suka sngt ngan chef liza ni. penah beli buku masakan dia.
    Alhamdullilah semuanya menjadi..
    wahh, dah praktis resepi dlm buku ni mesti suami semakin hari semakin sayang :)

    ReplyDelete
  6. Samalah kat umah kty..
    kalo masak ayam masak kicap..mmg laku ..

    ReplyDelete
  7. td baru g kedai buku jumpa buku ni....ingat nanti nak beli.....

    ReplyDelete
  8. mmg lama dah mengidam nak beli buku nie... tapi tak terbeli2! tapi tulaa kan... bilanyer laa nak dam masak tiap2 ari.. bila tiap ari balik umah smpi dah kul8 malam... ;-)

    ReplyDelete
  9. kawan2 saya pon ramai yang beli buku ni.. saya belom terbuka hati lagi nak beli buku ni..kekekeke

    ReplyDelete
  10. wahahaha...lawak la plak. hubby sy pun sama jugak peel nye.

    ReplyDelete
  11. husband amie sume amie masak sume sedap.heran. betul2 ikhlas ke sebenarnya saje nak bg sedap hati..muahahaha..amie pun suka beli buku resepi kak..kdng2 selak gak sebab diri sendiri boring asik masak benda yg sama...chaiyok kak chaiyok leh share dlm ni nnt

    ReplyDelete
  12. nak cari jugak lah..suke mengumpul buku2 resipi tp bile masak, lauk yg sama je berulang2..haihhh

    ReplyDelete
  13. ermm macam menarik buku ni.. nanti nak try usha kat kedai buku ^_^

    ReplyDelete
  14. munna suka kumpul buku resepi.... buku ni tak jumpa lagi kat kedai buku..kena pergi popular kat star mall baru jumpa agaknya

    ReplyDelete
  15. Salam..
    terimakasih kerana membeli buku kakliza..
    selamat mencuba resipi dalam buku ini dan semoga berjaya

    ReplyDelete