Pau Mawar Keledek (Sweet Potato Rose Pau)


sweet potato rose pau
Pau keledek bentuk rose
Hasil keras tangan, makanya pau ni tak de la rupa bunga rose pun. Tapi okey la kan even tak berapa nak nampak macam rupa kelopak bunga, sekurang kurangnya ada la jugak rupa kan...

Ni first time buat pau mawar keledek, dan sememangnya pertama kali juga makan pau keledek.

Seperti namanya, pau ni memang menggunakan isi keledek yang diadun sekali dengan adunan tepung dan bahan lainnya. Kalau suka intinya pun korang boleh letak inti keledek.

Dek kerana saya tak de keledek warna ungu makanya guna keledek biasa sahaja. Untuk nampak effect ungu saya just tambah pewarna ungu je dalam adunan. Inti pulak, guna inti kacang merah je.

Resipi Pau Mawar Keledek


Untuk "Sweet Potato Rose Pau" ni saya ikut resipi dari citarasawan@myresipi. Kat situ dah disertakan sekali cara untuk bentuk doh seperti  kelopak bunga mawar . Tak susah mana caranya tu, tinggal lagi berseni tak berseni je tangan yang membuatnya.


Untuk resipi boleh tengok dibawah:

Pau Mawar Keledek ( sumber ; anamarzablog.com )
Sumber :  citarasawan@myresipi


Bahan-bahan ( 15 biji )

· 250gm tepung pau

· 1 1/2 sudu teh yis segera

· 1/2 sudu teh baking powder

· 2 sudu besar susu tepung

· 3 sudu besar gula kaster

· 1/2 sudu teh garam

· 1 sudu besar shortening

· 150gm ubi keledek unggu (rebus dan lecek ketika masih panas)

· 150ml air

· Inti 150gm keledek unggu lecek 2 sudu besar gula kaster 2 sudu besar air


Cara-cara

1. Inti : Masak gula dan air hingga larut, masukkan keledek lecek dan kacau hingga rata. Sejukkan dan gentel bulat-bulat.

2. Doh Pau : Kisar ubi keledek, garam dan air hingga halus. Ketepikan.

3. Satukan tepung, susu tepung, yis, baking powder dan gula di dalam mangkuk pengadun. Masukkan keledek kisar dan uli hingga bergaul rata. Masukkan shortening dan uli dengan paddle/tangan hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.

4. Timbang doh seberat 50gm setiap satu

5. Canai doh bulat dia 10cm. Masukkan inti di tengahnya. Kemudian potong tepinya kepada 6 penjuru

6. Lipat seperti dalam gambar, biarkan bahagian intinya sedikit terbuka, kemudian lipat bahagian arah berlawanan menutup bahagian tengah inti.

7. Seterusnya lipat membentuk kelopak mawar pada arah berlawanan seperti dalam gambar, sembunyikan bahagian hujung tepinya di bahagian bawah. Letak pau di atas sekeping kertas atau plastik.

8. Rehatkan selama 30 minit dengan menutupnya dengan bekas atau kain lembab. Biarkan mengembang.

9. Panaskan pengukus dan kukus selama 15 minit dengan api sederhana hingga masak.

10. Inti boleh di ganti dengan inti kacang atau apa saja yang di sukai

5 comments:

  1. 1st time saya tahu bahawa pau boleh dibuat rupa macam tu...:)

    ReplyDelete
  2. Waaahhhhh.. kagum sangat!!! saya suka makan pau.. tapi saya beli ajer.. tak pernah buat sendirik.. hehehehehe

    ReplyDelete
  3. ada rupa juga lah, kalau saya lagi hancus agaknya, pau biasa buat pun tak jadi..huhu

    ReplyDelete
  4. kalau sy yg wt lagi langsung xde rupa bunga.ntah2 rupa daun de la.he3

    ReplyDelete