Drama Dalam Hati Ada Taman


"Update - Mula bersiaran pada 29hb Oktober 2012. Pukul 9.30 malam. Di Channel Astro Ria. Jumlah Episod 13.

Sinopsis ~ Mengisahkan seorang ibu tunggal(Amy Mastura) yang bersendirian membesarkan  anak perempuannya  Bella(Elfira) di kota Paris. Dia sanggup lakukan apa sahaja kecuali menjual diri agar anaknya dapat dibesarkan dengan sempurna.Bella bekerja di kedai pastri untuk menyara diri dan ibunya. Di kedai pastri, dia berkenalan dengan Amar( Randy) yang turut sama bekerja di kedai pastri tersebut. Namun Randy sudah pun mempunyai tunang yang seksi iaitu sofea(Hanez Suraya).Bapa Amar(Riezman) sebenarnya cuba menjodohkan anaknya dengan Bella. Pada masa yang sama, dia menyukai ibu Bella.

Randy Pangalila : Hensem ke?

Nak tahu jawapan kepada soalan di atas, klik sahaja pada soalan diatas tu, nanti korang akan ketemu pelbagai jawapan balas dari pembaca entry tersebut. Biodata Randy Pangalila juga ada disertakan dientry tersebut.

Okey la berbalik kepada tajuk entry ni "Randy & Elfira : Drama Dalam Hati Ada Taman" , mesti korang boleh tangkap kan yang kedua-dua pelakon tersebut digandingkan sekali lagi.

Sepertimana drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, drama Dalam hati Ada Taman ini juga diarahkan oleh pengarah yang sama iaitu Michael Ang. Bukan itu sahaja , pelakon yang membintangi drama ini juga tidak lari dari pelakon yang sama menjayakan drama Biar Mimpi Sampai Ke bintang.


Antara pelakon yang menjayakan drama Dalam Hati ada Taman ini termasuk lah Randy Pangalila, Elfira Loy, Amar Asyraf, Sharifah Sakinah, Hanez Suraya, Didie Alias, Liza abdullah, Sharifah Shahora dan Faizal Hussien. sumber : anamarzablog.com

Drama ini merupakan drama bersiri 13 episod, dan akan bersiaran di Astro Ria. Maklumat tarikh mula bersiaran, hari apa dan berapa kali seminggu akan disiarkan, serta pukul berapa dan berapa lama tempoh siaran , buat masa ni masih belum di umum kan lagi.

Malah sinopsis untuk drama ini juga masih belum ada. Khabarnya drama ini akan menjalani pengambaran di Perancis.

OST Drama Dalam Hati Ada Taman

OST atau lagu tema untuk drama Dalam Hati Ada Taman ialah " Everything I need" Nyanyian Randy Pangalila.



Promo Dalam Hati Ada Taman




Gambar drama Dalam Hati Ada Taman


Drama Dalam hati ada taman
Randy Pangalila, Elfira Loy dan Hanez Suraya

Hanez Suraya dan Randy Pangalila



Sumber Credit to twitter Michael Ang @MichaelAng38 , Nurul Elfira Loy @elfira_loy & Hanez Suraya @HanezsAbdulAziz

No comments:

Post a Comment