Salakan anjing petanda kemunculan pocong ?


Siapa tengok cerita Amukan Pocong malam tadi?

Korang rasa seram tak cerita tu?

Sebelum ni pernah juga tengok, tapi setakat tengok gitu-gitu je la. Lagipun tak berkenan mana dengan cerita bergenre seram ni.

TAKUT?

Hihihi tak de apa nak  ditakutkan pun.. lagi pulak diaorang cuma berlakon je kan. Cumanya lepas peristiwa 2 minggu lepas, memang naik seram jugak la nak menonton drama bersiri Amukan Pocong tu.

Peristiwa apa?

Meh nak story sikit. Jangan risau cerita yang saya nak kongsikan ni bukan cerita seram pun. Walau ambil masa 2 minggu baru berani nak up entry pasal ni. Tengok... berani tak berani ni nya saya ni peristiwa yang dah berlaku 2 minggu lepas baru hari ni berani nak buka cerita .

Anjing menyalak pocong?


2 minggu lepas kitaorang cam biasa layan cerita Amukan Pocong. Tapi tengok gitu-gitu je la. Then hari jumaat malam tak sure pukul berapa terkejut sebab Ainul nak menyusu. Bila dah namanya susukan anak tu tak de la tidur kan, kira macam tidur-tidur ayam je la. Siap ainul menyusu, baru je nak lelap semula tetiba dengar bunyi salakan anjing.

Masa tu dah rasa pelik!

Sebab apa pelik?

Pertamanya sebab kat sini tak ada anjing + tak pernah dengar bunyi anjing sekuat tu sebelum ni dan sebab yang kedua bunyi salakan anjing tu lain sikit, macam bunyi serigala, berulang beberapa kali.

Perasaan masa tu dah rasa lain, meremang bulu tengkuk dari mula-mula dengar salakan anjing tu lagi. Dalam hati memang dah baca segala macam ayat. Hajat nak kejutkan hubby tapi tak sampai hati pulak nak ganggu tidur dia.

Bangun pagi baru cerita kat hubby. Kebetulan hari sabtu tu ada sekolah ganti. Balik dari sekolah hubby cerita ramai yang dengar bunyi salakan anjing tu juga. Pastu keluar la cerita yang ramai dah penduduk kat sini terserempak dengan pocong. Bukan setakat terserempak kat jalan malah ada juga yang bercerita pocong tu memunculkan diri dalam rumah, setakat muncul je tak pa lagi, ada juga yang cerita pocong baring kat sebelah time tidur. WallahuA'lam akan kesahihan cerita tu semua.

Tapi menurut cerita lain yang disampaikan, kejadian kemunculan pocong tu ada kaitan dengan amalan orang lama-lama dulu. Sini kan felda terawal yang dibuka. So ada la antara peneroka awal dulu yang amalkan ilmu tertentu. Bila hampir nak meninggal tiada yang nak waris ilmu dia, mungkin tu puncanya kejadian pelik berlaku kat sini. Wallahualam...

Mungkin juga bunyi salakan anjing tu datangnya dari anjing yang tersesat . Menyalak sebab ada yang melepak tengah-tengah malam tak reti nak balik tidur. Siapa tahu kan?


Nota Jejari : Misteri alam banyak lagi yang kita tak tahu kan?

2 comments:

  1. Seram ni..akak punya cerita pun dah boleh jadi drama seram dah ni..:)

    ReplyDelete
  2. saya tak berani tengok cerita yang bergenre seram ni hehe...memang lemah semangat.

    ReplyDelete