Slice Cheese Cake : Kami berdua je yg layan


Slice Cheeese Cake
 Ber"entry" kek di pagi hari!

"Slice Cheese Cake" ni antara kek yang rajin diulang buat. Ada masa buat versi original tanpa ada penambahan pewarna atau perisa lain. Setakat ni pernah buat Slice Cheese cake (Versi Strawberry), dan   pernah juga buat versi pandan.

Lain kali nk try buat Blueberry Slice Cheese Cake pulak. Baru ni buat tak berapa nak menjadi. Mungkin jugak nanti nak try buat cheese cake yg guna cream cheese , tapi just godek separuh adunan je la. Cukup la!

Lagi pulak anak-anak tak berapa nak layan kek ada rasa cheese ni. Kalau buat yg ada perisa stawberry tu baru la diaorang nak makan. Setakat buat plain cam ni , alamatnya mama dan abahnya saje la yang hadap (-_-)

Resipi Slice Cheese Cake (Original Flavour)

Saje biar gelap sikit bahagian atas kek ni (^_^)
Setakat ni saya selalu buat guna resipi dari Ros Jintanmanis, Lain kali nak try guna sukatan dari Hasue pulak. Paada yg nak cuba boleh salin resipi kat bawah ni


Slice Cheese Cake
Sumber : Ros Jintan Manis AnamarzaBlog.com

4-5 keping slice cheese ( slice cheese kalau kt mesia leh guna jenama kraft)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara

1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.

2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.

5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.

6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .

7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.

4 comments:

  1. saya selalu jugak beli cheese cake macam ni kat jusco..:)

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi buat cheese cake :)

    ReplyDelete
  3. banyak kali jumpa resepi ni..belum ada kekuatan nak mencuba..tapi saya mmg suka cheesecake..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku suka cheese cake, tapi tak pernah buat...
      nampak ko buat ni mcm senang je...sedap pulak tu...terliur aku...

      Delete