(5 second rule) : Kuman bermesyuarat


Story zaman budak-budak dulu, kalau ada makanan jatuh ke lantai, ada je yang ringan mulut cakap

"cepat-cepat ambil balik kuih tu, tak pa kuman tengah mesyuarat tu"

Ingatkan teori budak-budak zaman 80-an je camtu, rupanya omputih pun ada juga istilah lebih kurang sama " 5 second rule", maknanya makanan yang jatuh ke lantai masih selamat untuk 5 saat yang pertama kot.

Korang ada tak istilah yang lebih kurang camtu?

Selain cakap kuman tgh mesyuarat ada juga yang cakap boleh ambil lagi makanan yang dah jatuh atas lantai, tapi kena ambil cepat-cepat, sapu sikit tak pun tiup-tiup sikit atau mana yang boleh dibasuh, ambil basuh dan ngap je la.


Bunyi nampak cam pengotor kan ?

tapi...

Pernah tak korang buat?

Kalau kat dalam rumah dan makanan tu kering okey lagi la, tapi kalau makanan tu basah dan terjatuh  tanpa berlapik di luar rumah kat tanah atau kat tempat awam, jangan la ada yang kutip dan terus masuk mulut pulak. 


Dan jangan pulak kerana nak berjimat atau kerana sayang rugi beli mahal-mahal sanggup makan even dah terjatuh ke lantai!


bagi yang nak tgk kajian dari mat saleh berkaitan 5 second rule ni sama ada selamat atau tidak makanan yang dah terjatuh ke lantai untuk di ambil dan dimakan, boleh ke link di bawah:


5 comments:

  1. sy pun slalu cmni..cpt2 amik mknn yg jatuh.tp makann yg kering la..

    ReplyDelete
  2. setau saya takde 5sec rule ni..hehe..

    ReplyDelete
  3. hahaha..dah lama saya tgk Adam & Jamie tu bongkar myth ni..

    ReplyDelete
  4. hahaha..betull...kuman mesyuarat..kuman tgh melatah..kuman terkejut...kuman amik tangga...tah hapa lagilah...tp makanan keringla...

    ReplyDelete
  5. heheheeh makanan kering je kdg2 ambik cepat2 dan tiup..tp kalo dalam rumah je la.. luar tak dapek la de hihihi

    ReplyDelete