Akta Keterangan (Pindaan) 2012 : Pendapat korang?


Korang tahu tak akan kewujudan Akta Keterangan (Pindaan) 2012 ?

Tahu tak korang yang Akta ini juga telah berkuat kuasa bermula hari ini (1hb Jun 2012) ?

Jika korang tak tahu apa itu Akta Keterangan (Pindaan) 2012 korang boleh serach sendiri kat mana-mana search engine. Ramai bloggers merumuskan Akta Keterangan (Pindaan) 2012 seperti yang tertera kat dalam gambar di sebelah ni.



Dibawah saya CnP dari blog Amanz:

Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.

Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.

Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:
  • Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
  • Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
  • Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.
  • Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
  • Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
  • …dan pelbagai perkara yang berkaitan.


Untuk lebih detail korang boleh baca sambungannya di link kat bawah ni:
Kalau korang rajin korang boleh juga baca artikel di link dibawah 
Pada yang nak baca isi kandungan Akta Keterangan (Pindaan) 2012 boleh baca di link dibawah:


So Camna, apa pendapat korang dengan Akta ni?




4 comments:

  1. bace ni baru tau.. huu thanx...

    ReplyDelete
  2. Ada baik dan buruknya gak kak...
    Huhuhu

    ReplyDelete
  3. ari tu aida dpt panggilan seminar ke HQ utk pindaan akta ni. tapi HQ tangguh kan. lom dpt baca lagi sepenuhnya. lom la dpt aida komen. kira nya begitu, tak brape adil kita dipertanggungjawabkan sedemikian rupa. apa yg kita tulis, tu tanggungan kita. pe org lain tulis @ komen, bukan dlm kawalan kita. pe pe yg bukan dlm kawalan kita, tak sepatutnya kita bertanggungjawab, kan?
    mana la tau ada org nak aniaya???

    ReplyDelete
  4. memang rasa x fair betul kalau mcm ni kak...susah la kalau macam tu kita nak monitor

    ReplyDelete