Beli di Supermarket besar atau di kedai kecil/pasar ?


Pendapat korang berkaitan dengan ayat dalam gambar di sebelah?

Rasanya ada betulnya juga point yang nak disampaikan tu, cumanya ada certain benda boleh dipertikaikan.

Memang la orang yang memiliki supermarket yang besar-besar tu, pendapatan diaorang banyak. Kalau saya pun kalau ada duit banyak mesti nak pakai kereta mewah dan pergi melancong ke negara lain juga. Dah diaorang mampu ikut suka diaorang la kan, asalkan diaorang tak terang-terangan menindas yang lemah dan miskin.

Camtu jugak dengan peniaga kedai runcit kecil-kecilan atau peniaga yang menjual di pasar/gerai tepi jalan tak semestinya yang menjual tu dari golongan yang susah. Ada tu gelang emas berderet di lengan, leher pun berat dengan kalungan rantai. susah ke diaorang. Berapa gelintir sangat yang betul-betul susah?

Lagi pulak, pilihan dimana kita ingin membeli itu hak peribadi individu itu sendiri. Tak kira la sama ada membeli sayur di supermarket besar atau pun di pasar tani, atau membeli gula, beras dan sebagainya di pasaraya besar atau sekadar di kedai runcit sahaja. Dimana-mana kita membeli pun pasti ada yang dapat manfaat darinya, bukan?


Membeli dari peniaga miskin yang membanting tulang empat kerat angkut barang jualan dari rumah ke pasar yang pendapatannya hanya cukup untuk sehari dua atau membeli dari pasaraya yang mana pekerjanya juga punya keluarga yang perlu disara, rumah yang perlu dibayar sewanya dan anak-anak yang perlu disekolahkan tak jauh bezanya.

Sekirannya di kawasan tempat kita tinggal itu, trendnya lebih ramai orang yang suka membeli di pasaraya besar dan boleh dibilang dengan jari sahaja yang mahu membeli dengan peniaga kecil. Hinggakan sampai ke satu tahap, peniaga kecil terbabit tidak lagi mampu bersaing dan hampir gulung tikar. Tidakkah patut kita menjadi antara orang yang menyumbang sedikit bantuan dengan membeli barang jualannya agar si peniaga kecil tadi mampu untuk menyara keluarganya?

Duit ditangan kita bukanlah 100% milik kita, kerana padanya ada hak orang lain, jadi belanjakan lah duit itu dengan sebijaknya. Dimana kita patut berbelanja, dengan siapa kita patut berurusan dan untuk apa duit itu dibelanjakan perlu diambil kira agar tidak di persoalkan dan dituntut di akhirat kelak.

5 comments:

  1. masalahnya kan kak kdng2 pnjual kecil2an ni jual mahal sgt. kalau beli kdng2 smp 2 kali ganda harga kat supermarket besar...bkn tanak tolong tp knkdng diri sndr pun terbajet2..huk huk huk

    ReplyDelete
  2. selalunye barang dapur yang kering cam beras dan gula beli kat pasaraya.. untuk barang basah plak beli kat kedai runcit biasa..:)

    ReplyDelete
  3. sama mcm amirah...kedai kat rumah sy ni mahal...kat mydin lg murah..tu selalu beli kat mydin hehe

    ReplyDelete
  4. sebulan sekali beli barang kat pasaraya sbbnya kat situ semua ada dari kering dan basah.. dan sy biasa beli stok utk sebulan.. dan lagi harganya lebih murah dan boleh berjimat.. kadang2 ada keperluan tetiba habis baru beli kat kedai runcit dan hujung minggu biasa memamg ke pasar tani ^_^

    ReplyDelete
  5. beli di pasaraya sendiri..hehehe...

    pendapat saya lebih kurang sama dengan yang di atas..peniaga kecil ni kadang2 harganya terlalu mahal..faham jugak diorang pun ambik dengan harga yang tak berapa nak murah..tapi yang membeli pun biasanya bajet jugak..

    kalau boleh berjimat dengan kualiti barang yang sama kenapa nak membazir beli dengan harga yang lebih mahal..bukan ke membazir tu amalan syaitan..tapi dalam konteks ni adakah "pembaziran" tu dimaafkan kerana berniat nak menolong peniaga kecil..

    ReplyDelete