Blogger Perkenal Permalink option


Permalink?

Ada yang tak tahu apa yang di maksudkan dengan "permalink" ke ?

Ikut pada pemahaman saya, permalink atau "permanent link" ialah URL yang tertera di address bar browser. Contoh tajuk entry ini ialah "Blogger Perkenal Permalink option" makanya permalink (atau URL) untuk entry ini ialah http://www.sumarz.com/2012/06/blogger-perkenal-permalink-option.html .

Kebiasaannya tajuk entry kita secara automatik akan menjadi URL atau permalink bagi entry kita. Mungkin kita nak tajuk entry yang boleh menarik minat pembaca tetapi belum pasti tajuk entry kita tu mesra SEO ( search engine optimization ). Bagi yang tak kisah tentang SEO mungkin tak kisah pun apa yang akan tertera di URL entry tersebut. Tapi bagi mereka-mereka yang pentingkan SEO dan dalam masa yang sama mahu tajuk entry sesuatu yang boleh menarik minat pembaca, permalink option merupakan satu keperluan.

Contoh permalink option seperti gambar rajah di atas. Dengan menggunakan permalink option ni, kita boleh pilih sama ada mahu menggunakan URL generate secara automatik dari tajuk entry atau pun kita create custom URL yang lebih mesra SEO.

Nak bagi contoh bagaimana yang dikatakan URL mesra SEO, harap maaf la ya, saya tak khatam lagi bab-bab tu. Kalau rasa nak belajar bab-bab SEO boleh tanya pada yang pakar la. Saya sekadar ambil tahu je bab-bab SEO ni tapi tak de nak praktik kan pun. Pada yang nak penerangan lanjut berkaitan " Permalink Option" ni boleh baca di entry "Blogger introduced Permalink option to create custom URLs"

1 comment: