Dejavu di Kinabalu Episod Akhir


Untuk mengetahui sinopsis dan juga lagu tema bagi drama ini   boleh ke entry "Dejavu di Kinabalu (Slot Akasia TV3)"
Note: Sekadar update sinopsis atau intisari drama bagi setiap episod sebagai gambaran kasar apa yang bakal berlaku di setiap episod. Update akan dibuat setiap minggu bagi setiap episod yang bakal bersiaran.



Episod 25, 26, 27 & 28 (Minggu keenam)

Episod 25 ( 30 Julai 2012)

NADIRA SANGAT LEMAH DAN BAZLI MEMANGKUNYA. SEMUA STAFF KESIAN MELIHAT KEADAAN NADIRA DALAM WAKTU YANG SAMA SIMPATI DENGAN SURA YANG TERPAKSA BERDEPAN DENGAN SEMUA ITU.

Episod 26 ( 31 Julai 2012)


Episod 27 ( 1 Ogos 2012)

KEADAAN NADIRA SEMAKIN SERIUS. DIA MERACAU-RACAU TIDAK MAHU MAKAN UBAT DAN DIA SUDAH TIDAK MAHU JANTUNG TERSEBUT. DIA HANYA MAHUKAN BAZLI. YUZRA YANG BERADA DISITU MEMBERITAHU BAZLI TENTANG KEADAAN NADIRA.

Episod 28 ( 2 Ogos 2012)

BAZLI CUBA MEYAKINKAN AMMAR BAHAWA NADIRA SEBENARNYA MASIH MENCINTAI AMMAR. BAZLI MEMBAWA AMMAR BERTEMU NADIRA, NAMUN NADIRA MENYURUH AMMAR PULANG. BAZLI TERUS MENYIAPKAN PERSEDIAAN PERKAHWINAN UNTUK NADIRA.

Episod 21, 22, 23 & 24 (Minggu keenam)

Episod 21 ( 23 Julai 2012)

SURA TELAH MEMULAKAN KERJA DI SYARIKAT BAZLI. KETIKA BAZLI DATANG UNTUK MENERANGKAN SESUATU, SURA BERKELAKUAN ANEH SEOLAH-OLAH PHOBIA DENGAN SESUATU DAN CUBA MELARIKAN DIRI NAMUN BAZLI BERJAYA MENANGKAPNYA.

Episod 22 ( 24 Julai 2012)

AMMAR PULANG KERUMAHNYA SETELAH GAGAL BERTEMU NADIRA. DIA MENCERITAKAN APA YANG TERJADI DI KUNDASANG KEPADA ZAHIR. NADIRA KELUAR DAN MEMANDUDALAM KEADAAN SEDIH DAN KECEWA.

Episod 23 ( 25 Julai 2012)

MAK BAZLI BERDEPAN DENGAN NADIRA. DAI TIDAK LAGI MEMUJUK NADIRA. DIA MENYURUH NADIRA MENINGGALKAN BAZLI DAN DIA TIDAK GEMAR BAZLI DIPERMAINKAN OLEH NADIRA. NADIRA HANYA MENDIAMKAN DIRI.

Episod 24 ( 26 Julai 2012)

AMMAR KECEWA DENGAN HAKIKAT PENGAKHIRAN CINTANYA DAN NADIRA. DIA NEKAD MENINGGALKAN RUMAH DAN KE KUNDASANG UNTUK MENZIARAH KUBUR INNARA. DI SANA, DIA MENGADU DI KUBUR INNARA.


Episod 17, 18, 19 & 20 (Minggu kelima)

Episod 17 ( 16 Julai 2012)
Tiara membawa Uzma untuk berjumpa dengan bomoh bagi mendapatkan minyak pengasih untuk Bazli. Uzma turut meminta pembenci untuk Nadira namun apabila Bomoh meminta tanah kubur, Uzma terkejut.

Episod 18 ( 17 Julai 2012)
Uzma berpura-pura menyesali segala perbuatannya dan memohon agar Ammar tetap menjadi sahabatnya. Dia turut berlagak seolah-olah tidak lagi marah tentang perhubungan Ammar dan Nadira.

Episod 19 ( 18 Julai 2012)

Pembunuh upahan hampir menikam Ammar apabila pembunuh kedua menghalang dan membatalkan rancangannya.  Bazli sempat menelefon pembunuh tersebut untuk membatalkan perancangan itu. Dia rasa sangat bersalah.

Episod 20 ( 19 Julai 2012)

Ammar cuba memujuk Nadira namun Nadira berpura-pura seolah-olah dia memahami mengapa Ammar tidak dapat menemaninya berjumpa keluarga penderma jantungnya. Ammar terasa sangat bersalah



Episod 13, 14, 15 & 16 (Minggu keempat)

Episod 13 ( 9 Julai 2012)
IBU INNARA TIDAK DAPAT BERTERUS TERANG TENTANG SIAPAKAH PENERIMA JANTUNG INNARA KEPADA AMMAR. AMMAR MASIH TIDAK DAPAT MENERIMA KENYATAAN TENTANG JANTUNG NADIRA. DIA INGIN BERTEMU DENGAN NADIRA. NADIRA DISAHKAN BOLEH KELUAR DARI HOSPITAL.

Episod 14 ( 10 Julai 2012)

UZMA MENDESAK BAZLI UNTUK MENCARI NADIRA DAN BERDEPAN DENGAN AMMAR. BAZLI NAIK BERANG DAN MEMINTA AGAR UZMA TIDAK MENCAMPURI URUSANNYA. BAZLI YANG KUSUT TELAH MENGHABISKAN MASA DI KELAB DAN MABUK. DI KELAB ITU JUGA, DIA BERTEMU TIARA.


Episod 15 ( 11 Julai 2012)

UZMA MENYALAHKAN NADIRA ATAS KEMATIAN IBU MEREKA. KETIKA HARI PENGKEBUMIAN, NADIRA YANG TIDAK BERDAYA HANYA MENGIKUT BAZLI UNTUK PULANG, DAN AMMAR HANYA MEMERHATIKAN DENGAN RASA KECEWA.


Episod 16 ( 12 Julai 2012)

DISEBABKAN KERANA KECEWA, UZMA MENGIKUT TIARA KE KELAB MALAM. MEREKA MABUK . TIARA TURUT MENGIKUT BAZLI YANG DIJUMPAI DI KELAB ITU PULANG. KEESOKAN HARINYA, BAZLI SEDAR DAN TIARA DILIHAT TIDUR BERSEBELAHANNYA.







Episod 9, 10, 11 & 12 (Minggu ketiga)

Episod 9 ( 2 Julai 2012)
AMMAR YAKIN BAHAWA UZMA ADA KAITAN DENGAN KEHILANGAN GAMBAR-GAMBAR INNARA. DIA BERGEGAS KE RUMAH UZMA UNTUK BERTANYAKAN HAL TERSEBUT. UZMA PULA PUAS HATI MELIHAT API MEMBAKAR GAMBAR-GAMBAR ARWAH INNARA.

Episod 10 ( 3 Julai 2012)
Nadira mendengar luahan hati Uzma dan berpura-pura tidak mengetahui kejadian sebenar. Uzma mengaku kesilapannya apabila mencuri dan membakar gambar-gambar arwah Innara. Namun, dia menegaskan dia berbuat demikian hanya kerana mahu Ammar pulih daripada terus hidup dalam masa lampau.


Episod 11 ( 4 Julai 2012)
Nadira berlalu pergi bersama Bazli meninggalkan Yuzra dan Ammar yang kecewa. Nadira berasa serba salah dan takut. Bazli pula hanya mendiamkan diri dan memandu dengan laju.


Episod 12 ( 5 Julai 2012)
Bazli memberitahu keadaan Nadira kepada Uzma dan kemudian Uzma menyampaikan berita itu kepada ibu serta bapanya.









Episod 5, 6, 7 & 8 (Minggu kedua)


Episod 5 ( 25 Jun 2012)
UZMA BENGANG APABILA TIDAK DIBENARKAN TURUT SERTA TUGASAN DI HOLIDAY VILLA. NADIRA CUBA MEMUJUK BAZLI AGAR MEMBENARKAN UZMA TURUT SERTA, NAMUN BAZLI BERTEGAS TIDAK MEMBENARKANNYA KERANA IA MERUPAKAN TUGASAN DAN BUKAN PERCUTIAN.

Episod 6 ( 26 Jun 2012)
NADIRA AMAT TERKEJUT MELIHAT KEMUNCULAN AMMAR DI SITU. KEDUA-DUA MEREKA BERTANYA APA TUJUAN MASING-MASING BERADA DI TEMPAT YANG SAMA. NADIRA DAN AMMAR SALING BERDALIH MENYATAKAN ITU MERUPAKAN TEMPAT KEGEMARAN BERCUTI MEREKA.


Episod 7 ( 27 Jun 2012)
AMMAR MENGAKUI BAHAWA DIA TELAH MULA MENCINTAI NADIRA DAN BERTANYA ANDAI NADIRA MERASAKAN PERASAAN YANG SAMA. NADIRA ENGGAN MENJAWAB SOALAN TERSEBUT DAN MEMAKSA AMMAR PULANG KE KAKI GUNUNG SEBELUM HARI GELAP.


Episod 8 ( 28 Jun 2012)
AMMAR MENUNGGU NADIRA KELUAR DARI TANDAS. SEBAIK SAHAJA TERLIHAT KELIBAT NADIRA BERSAMA UZMA, DIA MENYOROKKAN DIRI. NADIRA LEGA KERANA AMMAR TIADA DI SITU DAN UZMA MASIH TIDAK TAHU AKAN KEHADIRAN AMMAR DI SITU.











Episod 1, 2, 3 & 4 (Minggu Pertama)


Episod 1 ( 18 Jun 2012)
Pertemuan pertama kali di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak pergi bercuti ke Kundasang, Sabah, membawa seribu satu kisah. Mungkin ini satu kebetulan atau takdir? Seperti biasa Nadira selalu lambat.

Episod 2 ( 19 Jun 2012)
Satu malam didalam hutan bersama Ammar benar-benar menakutkan Nadira. Dia tidak mengenali Ammar dan khuatir Ammar akan melakukan apa-apa padanya. Nadira membohongi Ammar yang dia sudah berkahwin. Ammar yang tahu Nadira takut padanya sengaja membuat bunyi-bunyian yang menakutkan.


Episod 3 ( 20 Jun 2012)
Nadira semakin resah apabila Bazli memberitahunya yang syarikat milik Zahir dipilih untuk membuat Interior Design Hotel Villa itu nanti. Bermakna Nadira akan berkerja dengan Ammar selalu.


Episod 4 ( 21 Jun 2012)
Nadira tidak dapat tidur nyenyak. Sesekali dia menatap gambar-gambar yang diambil di Kundasang kebetulan ada gambar Ammar disitu. Jantungnya berdegup. Begitu juga dengan Ammar yang resah didalam bilik.







No comments:

Post a Comment